Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai vivo TWS Neo

Baru-baru ini, vivo telah mengumumkan ketibaan TWS Neo dalam pasaran Malaysia. Tidak hanya menawarkan rekaan yang nipis dan menarik, ia dilengkapi dengan teknologi yang terkini bagi sebuah fon telinga.

Sebagai 'Seamless Studio Sound', di bawah ini adalah apa yang anda perlu tahu mengenai vivo TWS Neo.

Unit Pemacu Sebesar 14.2mm


vivo TWS Neo didatangkan dengan unit pemacu dengan diameter sebesar 14.2mm, kualiti audio setanding dengan CD serta 3 kesan bunyi stereo yang memberikan kualiti bunyi lebih sensasi. Dengan pemacu yang besar, ia memberikan gelombang bunyi yang lebih kuat. Seterusnya dapat menghasilkan kualiti bunyi bass yang lebih baik.



Fon telinga ini turut dilengkapi dengan bio-fiber composite diaphragm dan Pure Copper Voice Coil yang menghasilkan bunyi yang bersesuaian dengan frekuensi.

Julat dinamik turut diperluas untuk menyesuaikan muzik yang pelbagai. Dari muzik rock & roll ke konsert, setiap audio terdengar hampir sempurna.

Latensi Serendah 88ms




vivo TWS Neo dimuatkan dengan Dual Channel Transmission 2.0 dan mod latensi serendah 88ms. Menurut vivo, latensi yang rendah ini memberikan prestasi lancar semasa memainkan permainan video atau membuat panggilan video.

Anda mungkin hampir tidak perasan sebarang delay antara video dan audio ketika menggunakan fon telinga ini untuk menonton rancangan kegemaran. Bagi permainan video, anda akan melihat keselarian (sync) antara visual, audia dan aksi.

Pembatalan Hingar AI


Turut dimuatkan pada TWS Neo adalah ciri pembatalan hingar AI. Melalui ciri ini, panggilan yang dibuat dengan menggunakan TWS Neo akan menjadikannya lebih jelas walaupun dalam persekitaran yang bising.



Ini kerana, fon telinga vivo mempunyai algoritma pembatalan bunyi pintar dan dua mikrofon. Saluran aerodinamik baru juga dapat mengurangkan bunyi angin dengan lebih berkesan, yang seterusnya memberikan panggilan audio yang lebih jelas walaupun sedang melakukan aktiviti sukan seperti berlari atau berbasikal.

Kawalan Penuh Melalui Leretan Mudah


Menjadikan TWS Neo lebih menarik adalah dengan penawaran kawalan penuh yang boleh dilakukan hanya melalui leretan mudah. Hanya perlu meleret ke bawah atau atas di kawasan kawalan sentuhan earbud untuk melaraskan suara.

Ciri ini menjadi idaman bagi sebuah fon telinga yang kerap digunakan untuk mendengar lagu. Tanpa perlu menggunakan peranti, ia boleh dikawal secara terus menerusi fon telinga.

Sambungan Lancar Dengan Bluetooth 5.2


harga vivo tws neo

Antara tarikan menarik mengenai fon telinga ini adalah ia menggunakan teknologi Bluetooth 5.2 yang baru sahaja diumumkan Januari lalu. Dengan teknologi Bluetooth yang terkini, fon telinga ini mampu disambungkan kepada lebih 1 peranti dan ia memberikan sambungan yang lebih lancar.

Ciri lain yang ada pada fon telinga ini termasuk Intelligent Ear Detection yang mempunyai dua sensor captive terbina yang membolehkan ia mengesan jika anda menanggalkan atau memakai fon telinga ini. Boleh dikatakan, ia berfungsi dengan baik.

harga vivo tws neo

vivo TWS Neo ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Starry Blue dan Moonlight White. Fon telinga ini diletakkan pada tanda harga RM359 dan pembelian boleh dilakukan melalui vivo Store mulai 11 Julai 2020.

Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia