Yang pertamanya, HONOR 9X Pro menggunakan cip Kirin 810 7nm berbanding Kirin 710f pada HONOR 9x. Untuk GPU pula peranti dikuasakan oleh Mali-G52 berbanding Mali-G51 pada 9X.
Dari segi memori, terdapat satu varian sahaja iaitu 6GB/256GB yang turut menyokong penambahan kad microSD sehingga 512GB. Ia juga turut menyokong storan berasaskan UFS2.1. Ini sekaligus menjadikan HONOR 9X Pro sebagai telefon pintar pertengahan yang mempunyai storan berkapasiti besar dalam pasaran tempatan.
Rekaan peranti adalah hampir sama dengan HONOR 9X yang menawarkan rekaan Dynamic X pada panel bahagian belakang. Skrin juga masih sama dengan 6.59 inci FullView Display dengan resolusi FHD+ jenis LCD. Nisbah skrin ke badan peranti adalah 91% dengan ketumpatan pixel 391 PPI.
Tidak seperti model adiknya yang mempunyai imbasan cap jari di belakang, versi Pro menampilkan ciri biometrik itu pada butang kuasa yang tersisip dibahagian sisi kanan.
Skrin tidak mempunyai sebarang takuk kerana kamera swafoto dimuatkan melalui sistem terangkat. Ia bersaiz 16MP dengan aperture f/2.2. Kamera swafoto juga menyokong rakaman video sehingga 1080p 30fps.
Untuk kamera belakang juga sama dengan 9X iaitu 3 lensa dengan 48MP (f/1.9) utama + 8MP (f/2.4) sudut lebar + 2MP (f/2.4) depth. Rakaman video pula adalah maksimum pada 1080p 60fps sahaja. Penstabilan video turut dibantu oleh AI yang berasaskan EIS. Kami tidak berkesempatan untuk menguji penuh prestasi kamera ini dan akan datang, hasil rakaman akan kami kongsikan.
Peranti menjalankan perisian EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9. Untuk yang bertanyakan servis Google, HONOR 9X Pro merupakan peranti dengan Huawei Mobile Services (HMS), jadi tiada aplikasi Google dan servis berkaitan di dalamnya.
Sebaliknya, ia dimuatkan dengan AppGallery Huawei tersendiri. HONOR menyatakan platform terbabit sedang dikembangkan lagi dari segi penawaran aplikasi untuk memudahkan pengguna. Namun, jika pengguna masih mahu menggunakan GMS, pemasangan secara sideload boleh dibuat.
Untuk makluman, HONOR 9X Pro ini juga merupakan model HONOR pertama dengan HMS.
Bateri peranti pula adalah pada kapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 10W sahaja melalui kabel USB-Type C. Fungsi lain peranti termasuklah Bluetooth 5, GPU Turbo 3.0 dan Liquid Cooling untuk meningkatkan prestasi permainan. Terdapat juga AI Signal Enhance yang menggunakan AI untuk menjadikan sambungan rangkaian internet lebih lancar.
Peranti dipasarkan di Malaysia dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Phantom Purple. Tarikh pelancaran serta tanda harga jualan masih belum dikongsikan pihak HONOR Malaysia lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.
Berkaitan
- Kos Penghasilan Galaxy S20 Ultra Adalah Lebih Tinggi Dari iPhone 11 Pro Max
- Samsung A12 Dan A02s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula RM529
- HONOR Band 6 Kini Lebih Elegan Dengan Skrin Penuh AMOLED 1.47 Inci
- OPPO Sahkan Mereka Sedang Bangunkan Cip Pemprosesan Untuk Peranti Pintar
- ASUS ROG Zephyrus G14 Akan Hadir Untuk Pasaran Malaysia Jun Ini
- Apple Sedang Menguji Panel 120Hz Untuk iPhone 12 Pro
- MKBHD Sebenarnya Sudah 2 Minggu Gunakan OnePlus 8 Pro Yang Belum Lagi Dilancarkan
- Huawei Mate 30 Pro 5G Berharga RM4,199 Di Malaysia - Akan Mula Dijual 7 Februari Ini
- Xiaomi Mi 10 Dijual Bermula RM 2799 Di Malaysia, Mi 10 Pro Pada RM 3899
- vivo Jelaskan Mengapa X50 Pro+ Tidak Dilengkapi Dengan Kamera Gimbal Seperti X50 Pro