Apa Terjadi Jika Kuota 60GB Dihabiskan? Apakah Kriteria Untuk Mendaftar Pelan Ini? Fakta Mengenai Unifi Basic Plan Untuk Golongan Sasar

Telekom Malaysia (TM) telah menyediakan pelan unifi Basic yang memberikan akses jalur lebar dengan kelajuan muat turun pada 30 Mbps dan kelajuan muat naik sehingga 10Mbps tetapi dengan kuota bulanan sebanyak 60GB. Untuk membuat panggilan suara,  pelan unifi Basic akan mengenakan caj RM 0.20 untuk setiap minit.

Walau bagaimanapun, untuk melanggan pelan unifi Basic ini, setiap pelanggan mesti warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah RM 4,500 dan ke bawah. Pelanggan boleh membuat pra-tempahan mulai 15 Julai 2018 dan sekiranya layak, pihak TM akan menghubungi mereka melalui telefon atau e-mel.

Kontrak selama 2 tahun akan dikenakan bagi setiap pelan unifi Basic dan penalti akan dikenakan bagi menamatkan langganan dalam bentuk baki bulanan langganan.

Bagaimana jika kuota bulanan habis sebelum tarikh 1 haribulan? Untuk hal tersebut, TM akan mengubah kelajuan sambungan kepada 128kbs. TM juga setakat ini tidak menawarkan sebarang pakej tambahan kuota sekiranya kuota asal habis digunakan.

Untuk pakej panggilan pula, pakej ini tidak menyertakan sekali set telefon dan pelanggan perlu membelinya sendiri.

Kapsyen: Dongle (bukan model sebenar)


Untuk kawasan yang tidak diliputi perkhidmatan unifi, TM menawarkan alat jalur lebar tanpa wayar (dongle) dengan caj tambahan sebanyak RM 79. Pakej unifi Basic ini terhad kepada satu kad pengenalan bagi setiap langganan.

Untuk maklumat penuh, layari laman sesawang uniFi sekarang.