Antivirus Kasperksy Percuma Untuk Semua Pengguna PC Di Seluruh Dunia

Rabu lalu syarikat perisian antivirus terkenal, Kasperksy, telah mengumumkan pelancaran perisian Kaspersky Free bersempena dengan ulangtahun mereka yang ke-20.

Melihat kepada nama pun kita boleh tahu bahawa ia ditawarkan secara percuma dan perisian antivirus ini telah menjalani ujian penilaian selama setahun setengah melibatkan negara...

  • Rusia,

  • Belarus,

  • China,

  • Ukraine,

  • Denmark,

  • Norway,

  • Sweden, dan

  • Finland,


...Kasperksy akhirnya bersedia untuk melancarkan ia secara berperingkat untuk pasaran global. Sudah pasti versi percuma yang ditawarkan ini tidak akan sama dengan versi yang berbayar kerana ia tidak mempunyai fungsi...

  • VPN

  • Kawalan Ibu Bapa (Parental Control)

  • Perlindungan Pembayaran Dalam Talian (kata percuma kan)




...tetapi ia dilengkapi dengan beberapa ciri asas yang mampu melindungi komputer anda dari diserang virus dan perisian hasad yang lain.

Syarikat yang berpengkalan dari Rusia itu beranggapan ramai pengguna komputer tidak mempunyai bajet yang cukup untuk melanggan perisian antivirus yang berbayar, jadi dengan penawaran ini, mereka mempunyai alternatif lain untuk menggunakan antivirus yang dijamin selamat (banyak yang percuma tetapi kurang selamat).

Apa yang mampu dilakukan Kasperksy Percuma?

Ia mampu mengimbas...

  • Fail-fail

  • Email

  • Lindungi komputer anda ketika melayari web, serta

  • Mengkuarantin perisian hasad yang menjangkiti komputer anda.


Muat turun> Kasperksy Free

 

Sumber: Kaspersky