Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Antaramuka Baharu Google Maps Bakal Hadir Dengan Butang Lebih Besar

Antaramuka Baharu Google Maps Bakal Hadir Dengan Butang Lebih Besar

Diterbitkan September 28, 2020 · Dikemas kini September 28, 2020 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Google telah mengambil inisiatif dengan memaparkan info berkaitan COVID-19 di Google Maps yang menunjukkan kepada pengguna kawasan terlibat dengan COVID-19.

Terbaru, Google dilihat mula menguji antaramuka (UI) baharu bagi mod memandu di Google Maps. Melalui antaramuka baharu ini, ia membolehkan pengguna menavigasi aplikasi dengan lebih mudah semasa memandu. Antaramuka ini juga dikatakan hampir sama dengan antaramuka Android Auto.

UI Google Maps baru
UI Google Maps baru

Skrin navigasi pada aplikasi mempunyai dua butang yang lebih besar di bahagian bawah iaitu butang arahan suara dan home screen. Juga, terdapat kawalan memainkan muzik pada bahagian atas butang tersebut.

UI Google Maps baru
Antaramuka Baharu Google Maps Bakal Hadir Dengan Butang Lebih Besar

Jika berada pada home screen dan lain-lain, butang ketiga iaitu Maps akan muncul dimana ia membolehkan pengguna dengan pantas kembali pada skrin navigasi.

Buat masa ini, antaramuka baharu Google Maps hanya tersedia untuk beberapa pengguna. Belum diketahui bila ia akan dilepaskan kepada semua pengguna.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY