Google Maps Akan Papar Info Berkaitan Covid-19 Mengikut Kawasan

Penularan Covid-19 masih lagi berlaku bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Sejak bermulanya wabak ini, kita telah melihat pelbagai inisiatif dijalankan bagi memutuskan rantaian dan terbaharu adalah dari Google.

Melalui Google Maps, aplikasi ini akan menunjukkan kepada pengguna kawasan yang terlibat dengan Covid-19. Ciri tersebut akan dilengkapi dengan peta berwarna untuk memperlihatkan tahap kes penularan mengikut kawasan.



  • Kelabu: Kurang dari 1 kes

  • Kuning: 1-10 kes

  • Jingga: 10-20 kes

  • Jingga gelap: 20 -30 kes

  • Merah: 30-40 kes

  • Merah gelap: 40+ kes


Selain itu, ia akan memberi label sama ada kes pada kawasan tersebut meningkat ataupun menurun. Data-data bagi ciri ini diperoleh Google dari Wikipedia, The New York Times, JHU CSSE Covid- 19 Data, Brihanmumbai Municipal Corporation.

Dikatakan ciri ini akan ditawarkan kepada semua 220 negara yang mempunyai sokongan Google Maps dan ia akan dilepaskan untuk pengguna Android dan iOS pada minggu ini. Penawaran dibuat secara berperingkat.

Sumber: Google