Anonymous Malaysia Kembali - Beri Amaran Kepada Kerajaan Terhadap Sistem Keselamatan Siber

Setelah lebih daripada lima tahun menghilang sejak tahun 2015, kumpulan penggodam yang digelar Anonymous Malaysia kini kembali dan memberi amaran untuk melakukan serangan siber terhadap laman web kerajaan serta aset dalam talian yang dipanggil #OpsWakeUp21.

Menerusi video yang dikongsikan, ia lebih kepada sebagai "wake-up call"  atau untuk membuka mata kepada kerajaan kerana mereka mendakwa sistem keselamatan siber di Malaysia amat teruk.

https://twitter.com/anonymalaysia/status/1353689443270422528?s=20

Tambahan lagi, mereka mendakwa kerajaan Malaysia berdiam diri berhubung banyak pelanggaran data dan penjualan maklumat peribadi rakyat sejak kebelakangan ini.

Mereka juga menyentuh isu yang berlaku pada tahun 2017 di mana sebanyak 46.72 juta nombor telefon rakyat Malaysia terlibat dalam pencerobohan data termasuk serangan siber tahun lepas yang melibatkan laman Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, Anonymous Malaysia juga menyalahkan kerajaan dan mendakwa pihak kerajaan tidak membantu serta menyokong pembangun dalam kes tersebut. Malah, pembangun kerajaan juga tidak mahu meningkatkan kemahiran serta belajar daripada kesilapan.

Jika diingat kembali, banyak laman-laman kerajaan serta kes yang melibatkan serangan siber di Malaysia termasuk scam serta penjualan maklumat melalui Telco sejak tahun lalu dan bulan lepas juga, Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) turut mendedahkan sistem keselamatan dalam laman kerajaan ini sangat lemah.

Sumber: Anonymous Malaysia via