Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Tubuh Unit Khas Untuk Pantau Pengguna Yang Melayari Laman Lucah

Agensi Kerajaan Dan Individu Perlu Waspada Terhadap Serangan Siber Yang Kini Mengganas

Diterbitkan Disember 31, 2020 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa terdapat serangan siber terhadap data rangkaian milik ATM.

Terbaru, Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) mengingatkan semua agensi kerajaan mahupun individu supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelamatkan data-data daripada menjadi serangan siber.

Serangan tersebut berlaku pada 29 Disember yang lalu dan dijangka akan berlarutan sehingga 5 Januari 2021. NC4 juga mengatakan bahawa serangan siber yang dilakukan banyak menyasarkan organisasi di Malaysia.

Portal rasmi ATM digodam, gagal jejaskan operasi
Sumber: MalaysiaGazette

Penggodam kebiasaannya akan menggunakan sistemĀ Deface untuk menggodam laman kerajaan disebabkan kebanyakan laman sesawang sesebuah agensi menggunakan sistem portal terbuka atauĀ open source.

Malah, sistem yang digunakan penggodam juga bukanlah perkara yang baharu kerana kaedah ini terkenal pada tahun 2000 dimana ia hanya mengimbas portal ini untuk log masuk.

Tambahan lagi, kebanyakan penggodam ini melakukan kegiatan secara berkumpulan dan dalam lingkungan 25 tahun ke bawah.

Oleh itu, Pentadbir Sistem dan Pentadbir Rangkaian perlu melaksanakan langkah-langkah keselamatan siber yang mencukupi bagi memastikan rangkaian sistem selamat.

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY