Android Untuk Kereta? Audi dan Volvo Akan Memperkenalkan Kereta Dengan Integerasi Sistem Android

Dalam beberapa tahun ini, antaramuka multimedia untuk kereta telah mula menunjukkan taringnya. Dengan gabungan bersama antaramuka Android Auto dan Apple CarPlay, dashboard kereta di masa akan datang akan lebih interaktif, mempunyai lebih banyak fungsi selain tunjuk masa dan tukar siaran radio.

Audi dan Volvo dilaporkan akan menjadi pengeluar kereta pertama dengan sistem android terbina didalam, dan sudah pasti ianya juga akan memberi peluang kepada pengeluar kereta mid-range lain untuk diikuti.

dc-Cover-2vdjoqlu1u5m07bn4csj1308v3-20170516101225.Medi

Dengan binaan sistem Android ke dalam komputer kereta, sistem informasi terbina di dalam kereta mampu membenarkan pengguna untuk mengawal penghawa dingin, bumbung dan tingkap, mencari restoran terdekat dengan Google Map, mendengar Spotify, atau hanya meminta Google Assistant untuk mendapatkan bantuan.

Kereta pada masa akan datang memerlukan sambungan internet



Tidak seperti yang dibawakan oleh Android Auto, dimana pengguna perlu menggunakan sambungan dengan telefon pintar, sistem baru ini akan dijalankan dengan sendirinya, seakan-akan tablet android berukuran 7 inci dilekatkan pada dashboard kereta.

6c109fd5ab1296b5462a4e51dc1c1216bcd08613-tc-img-preview

Tetapi, sistem baru yang akan diperkenalkan ini tidak bermaksud pengguna dapat mengakses sistem enjin dan bahagian yang dioperasikan secara mekanikal. Sistem yang dibina ini hanya dapat menakses isi kandung multimedia dan tetapan asas seperti mengubah kedudukan kerusi dan fungsi dalaman tambahan.

4062D10D00000578-4510718-image-a-6_1494935689879

Ianya merupakan antara satu langkah keselamatan untuk menghindari kereta anda digoda, dakwa Google. Kereta yang dikawal sepenuhnya oleh satu sistem operasi akan memberi ruang kepada penggodam walaupun dari jarak jauh. Ini telah terbukti pada kereta Tesla.

Pengumuman ini tentang sistem Android kereta ini dijangka diperkenalkan pada persidangan Google’s I/O pada 17 Jun ini.

Sumber