Android Go merupakan mirip platform Android One yang sedia ada, menyasarkan untuk beberapa peranti bajet di China. Dilihat sebagai sistem operasi murah dan ringan sesuai untuk dijalankan pada telefon dengan saiz RAM serendah 512MB.
Google mengatakan bahawa pada masa akan datang semua telefon dengan RAM bersaiz 1GB atau kurang akan dioperasikan mengunakan Android Go bukannya sistem Android O sepenuhnya.
Kedua-dua versi sistem Android ini menawarkan akses kepada Google Play kerana untuk memuat turun aplikasi pihak ketiga. Walau bagaimanapun, pada Android Go pengguna akan hanya dipaparkan dengan aplikasi yang telah dioptimumkan untuk penggunaan pada perkakasan yang kurang kuat.
Saiz aplikasi yang ditawarkan pula tidak akan melebihi 10MB dan mampu beroperasi secara offline. YouTube Go adalah salah satu contoh aplikasi yang akan tampil untuk Android Go. Ianya membenarkan pengguna pratonton beberapa frame video dan memilih kualiti video sebelum dimainkan.
Pengguna juga boleh memuat turun video YouTube Go melalui Wi-Fi untuk tontonan offline secara percuma - ketika ini pengguna perlu membayar untuk mendapatkan ciri tersebut. Android Go membolehkan pengguna untuk memantau penggunaan data internet melalui panel notifikasi manakala untuk sistem Android O, pengguna perlu pergi ke menu tetapan terlebih.
Google berkata Android Go akan mula diperkenalkan untuk telefon bajet pada tahun 2018.
Sumber
Berkaitan
- realme X2 Pro, Peranti Paling 'Hype' Dengan Cip Pemprosesan Terpantas Snapdragon 855+
- MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018
- [RASMI] OnePlus 5 - Reka Bentuk Iras iPhone 7, Bateri Dikecilkan, Dwi Kamera dan Pemproses Snapdragon 835
- Bagaimana Iklan Burger King Ini Berjaya Menggodam Peranti Google
- Manifesto Xiaomi Tertunai Dengan Pelancaran Poco F1, Peranti Snapdragon 845 Termurah Masa Kini
- Google Menghentikan Servis Gmail Untuk Versi Lama Chrome, Window XP dan Window Vista
- Oppo R15 Pro - Ibarat Pisang Goreng Cheese, Sedap Tapi Harga Tidak Sepadan
- (Ulasan) Samsung Galaxy Note 9 - Layak Dinobatkan Sebagai Raja Android Bagi Tahun 2018
- 6 Aplikasi Android Yang Anda Perlu Jauhi Sepanjang Bulan Puasa
- CES 2017: Nokia 6 - Telefon Pintar Android Pertama Dari Nokia