Huawei Mate 9 Pro Dengan Dwi-Kamera Leica Dilancarkan

1.Rekaan Luar

Semalam Huawei telah pun melancarkan telefon model baru mereka Mate 9 Pro. Sebelum ini, siri Mate terbaru telah pun dilancarkan pada awal bulan ini iaitu Huawei Mate 9. Mate 9 Pro adalah abang kepada Mate 9 yang dilengkapi dengan sepesifikasi yang lebih premium. Ianya akan menawarkan beberapa pilihan warna seperti  Champagne Gold, Space Gray, Mocha Brown, Moonlight Silver, dan Ceramic White. Ianya dibina dengan paparan skirn lengkung berukuran 5.5 inci QHD AMOLED berserta resolusi 1440 x 2560 pixel. Berbeza dengan Mate 9 yang dibina dengan skrin IPS LCD berukuran 5.9 inci, sedikit besar berbanding Mate 9 Pro tetapi anda akan dapat qualiti paparan yang lebih hebat dengan Mate 9 Pro.

Dari segi ukuran badan, ianya mempunyai saiz ukuran 152 x 75 x 7.5mm  sedikit kecil berbanding Mate 9 iaitu pada saiz 156.9 x 78.9 x 7.9 mm.

2.Software, Hardware dan Bateri

Dari segi software pula, Mate 9 Pro akan dilengkapi dengan Hauwei Emotion UI 5.0 disamping Android 7.0 Nougat. Sama seperti adiknya Mate 9. Mate 9 Pro ini dibina dengan pemproses Kirin 960 2.5GHz octa-core dan dipasangkan bersama pilihan saiz RAM 6GB dan 4GB dengan harga yang berlainan. Telefon ini dimuatkan dengan kapasiti bateri bersaiz 4000mAh.

huawei-mate-9-pro-leaked-render

3.Kamera

Dari segi keupayaan kamera pula, Huawei Mate 9 Pro ini disertakan dengan dwi-kamera di bahagian belakang dengan lensa monochrome 20-megapixel dan lensa Leica sensro RGB 12-megapixel. Ianya juga dilengkapi dengan dwi-tone flash LED. Di bahagian depan pula, sensor bersaiz 8-megapixel digunakan. Yang menariknya, model kali ini akan menampilkan fungsi penstabilan imej. Ini adalah berita baik dari Huawei kerana model Mate 9 sebelum ini tidak mempunyai fungsi penstabilan imej, dan walaupun menggunakan kamera Leica, imej 'low-light' dari Mate 9 masih tidak dapat menandingi Pixel dan iPhone.

huawei-mate-9-pro-e

4.Harga

Harga Mate 9 Pro dianggarkan berharga lebih kurang RM 2999 untuk variasi 4GB dan RM 3400 untuk 6GB.

5.Rumusan

Apa yang dapat kami simpulkan, Huawei menampilkan sebuah model premium sebaris dengan Pixel, iPhone 7 dan S7 Edge. Dengan paparan skrin lengkung QHD AMOLED yang hebat, bateri yang besar, dikuasakan dengan pemproses yang besar dan Android 7.0 Nougat dan dilengkapi pula dengan kamera Leica yang cemerlang. Sudah tentu Mate 9 Pro ini bakal menjadi pesaing model flagship premium di pasaran ketika ini.

 

Berkaitan