Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Mid-Range HTC X10 Dikhabarkan Pelancarannya Januari Ini

Telefon Mid-Range HTC X10 Dikhabarkan Pelancarannya Januari Ini

Diterbitkan Disember 20, 2016 · Dikemas kini Disember 20, 2016 oleh Haikel Areff

Jika anda mengikuti perkembangan terbaru dari HTC, anda mungkin pernah dengan pada Disember tahun lepas mereka telah memperkenalkan sebuah telefon pintar mid-range HTC One X9. Setahun selepas peranti tersebut dikeluarkan, HTC masih lagi tidak mengeluarkan sebarang pengumuman tentang peranti mid-range terbaru mereka. Mengikut laporan, mereka akan menganjak pelancaran tersebut ke tahun hadapan.

Mengikut berita dari sumber berbeza pengganti HTC One X9 dijadualkan pelancarannya pada bulan hadapan. Jika dilihat acara CE 2017 juga bakal diadakan pada bulan Januari. Ianya masih menjadi tanda tanya jika HTC mahu menggunakan CES untuk perasmian telefon mereka seterusnya (atau HTC 11 mungkin?). Ketika ini dikhabarkan ianya bakal dinamakan HTC X10.

Dari segi spesifikasinya pula, telefon ini bakal dibina dengan 5.5 inci skrin dan bakal dimuatkan dengan cipset MediaTek Helio P10 Octa-Core pada kadar 2GHz. Telefon ini juga bakal hadir dengan RAM sebesar 3GB dan 13-Megapixel kamera berserta dengan penstabilan imej. Ia sudah tentu bukan telefon premium dalam pasaran namun ia sudah tentu menjadi mid-range yang dinanti-nantikan. Ianya  dijangka berharga $288 (RM 1300).

Sama-sama kita nantikan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY