Android O - Oreo Ataupun Oatmeal Cookie?

Setiap kali kita membaca berita tentang Android O, ia pasti akan dikaitkan dengan nama Oreo.

Ramai meramalkan bahawa Google mahu menamakan Android baru itu mirip seperti Android KitKat yang dibangunkan 4 tahun lalu.

Memetik berita daripada laman Phone Arena, Android 8.0 mungkin akan diberi nama Oatmeal Cookie berdasarkan nama kod Android 8.0 'oc-dev'.

Tambahan lagi, foto makanan tersebut dikatakan telah muncul beberapa kali semasa acara Google I/O yang lepas.

Walaubagaimanapun, ia masih khabar angin dan sama-sama kita nantikan pelancarannya secara rasmi.

Sumber: Phone Arena