Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Nokia Lanjutkan Tempoh Kemaskini Sekuriti Untuk Beberapa Model

Posted on Ogos 16, 2019Ogos 16, 2019

Bagi kemaskini sekuriti peranti, Nokia telah menjanjikan tempoh 2 tahun untuk setiap model yang ditawarkan. Berdasarkan pengumuman baru-baru ini, HMD Global bakal melanjutkan tempoh tersebut bagi empat model; Nokia 3,5,6, dan 8 yang menghampiri tarikh tamat sokongan tersebut.

Walaupunbegitu, kemaskini sekuriti yang akan diberi untuk model-model ini tidak lagi dilepaskan secara bulanan tetapi secara suku tahunan. Nokia 3 akan menjadi model pertama mendapat lanjutan tempoh ini yang akan bermula pada September 2019 sehinggalah September tahun hadapan.

Bagi tiga model berikutnya, kemaskini sekuriti akan berakhir pada bulan Oktober 2020. Lanjutan kemaskini sekuriti ini bagaimanapun berbeza bagi negara pengguna dimana pemilik Nokia 6 di US dan India tidak lagi menerima sokongan tersebut selepas Oktober 2019.

Sumber: Nokia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress