Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Vivo V15 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera Selfie Pop-Up Dan Tiga Kamera Belakang

Posted on Januari 28, 2019

Beberapa spekulasi telah kedengaran mengenai peranti seterusnya bagi menggantikan model Vivo V11 Pro. Ada yang memanggilnya sebagai V12 Pro, sementara nama V13 Pro dan V14 Pro pula dikatakan kurang sesuai.

Baru-baru ini timbul pula khabar angin nama V15 Pro disamping bocoran imej sarung pelindung yang membayangkan tetapan kamera selfie keluar masuk serta tiga kamera utama belakang.

Seperti yang anda boleh saksikan pada imej, tanggapan awal mengenai model ini adalah ia akan mirip seperti Vivo Nex, siri flagship dari Vivo tahun lalu. Lubang kiri sebelah atas dan tiada lubang untuk pengimbas cap jari pada bahagian belakang menguatkan lagi penggunaan pengimbas terbina pada skrin.

Tiada lagi maklumat mengenai spesifikasi peranti ini dan ia dijangkakan muncul diperkenalkan pada bulan hadapan. Ramalan harga adalah sekitar ~26,000 Rupee (~RM 1500) dan ~30,000 Rupee (~RM1735).

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress