Android 11 (Go edition) Diperkenalkan Dengan Beberapa Ciri Baharu

Android Go, versi sistem operasi Android bagi telefon pintar dengan prestasi lebih rendah telah diperkenalkan pada tahun 2018. Untuk tahun ini, Google turut memperkenalkan Android 11 (Go edition) dengan beberapa pembaharuan.

Meningkatkan komunikasi, privasi dan kebolehgunaan


Pada Android 11 (Go edition), aplikasi boleh dibuka 20% lebih pantas berbanding Android 10 (Go edition). Sama seperti Android 11, versi Go edition ini turut hadir dengan ruangan khas bagi notifikasi perbualan melalui aplikasi sembang.



Ia juga membawakan peningkatan privasi melaluiĀ One-time permissions. Menerusinya, hanya sekali akses bagi perkara sensitif seperti mikrofon, kamera dan lokasi. Jika aplikasi yang dipasang dalam telefon tidak digunakan dalam tempoh beberapa bulan, kebenaran akses bagi aplikasi berkenaan akan "auto-reset".

Android 11 go edition

Dengan navigasi berasaskan gestur, anda boleh ke skrin utama, menavigasi ke belakang, dan beralih antara aplikasi dengan lancar melalui leretan mudah.

Ciri baharu


Android 11 go edition

Google turut memperkenalkan peningkatan aplikasi yang direka khas untuk peranti kelas permulaan ini. Sebagai contoh, Safe Folder adalah ciri baru dalam Files by Google yang melindungi fail peribadi daripada dibuka atau diakses oleh orang lain dengan menyimpannya dalam folder 4-digit PIN-encrypted.

Lebih banyak pilihan, memori dan peranti


Bermula bulan hadapan, Android (Go edition) akan tersedia untuk semua peranti dengan memori RAM sehingga 2GB. Menerusinya, ia memberikan memori tambahan sehingga 270MB dan membolehkan aplikasi dibuka 20% lebih pantas, serta menjalankan 3 hingga 4 aplikasi pada masa yang sama. Android Go edition dengan peranti 2GB turut menyokong sehingga 900MB penambahan storan.

Sumber: Google

 

Berkaitan