Google Kini Menawarkan Versi Android Go Terbaru, Android 10 (Go edition)

Versi sistem operasi Android bagi telefon pintar berprestasi rendah.


Pada tahun lalu, Google telah pun melancarkan sistem operasi Android (Go edition) yang khusus dibangunkan bagi telefon pintar berprestasi rendah. Sebagai contoh peranti yang memiliki memori berkapasiti kurang dari 1.5GB RAM.

Untuk tahun ini, Google mengumumkan mereka telah menaik taraf versi Android tersebut kepada Android 10 (Go edition).

Menurut Google, sistem operasi yang lebih ringan ini sudah pun mula ditawarkan oleh lebih daripada 500 pengeluar hadir menerusi 1600 peranti Android dilebih 180 negara.  sejak 18 bulan yang lalu.

Kapsyen: Antara model telefon pintar yang sudah dipasang dengan Android 10 (Go Edition). Kredit: Google


Tambah google lagi, Android 10 (Go Edition) diintegrasikan bersama dengan ciri keselamatan yang dipanggil sebagai Adiantum. Ia merupakan sistem keselamatan terbaru yang telah pun diperkenalkan pada awal tahun ini.Di dalam versi Android 10 (Go Edition) ini juga, Google telah memperkenalkan beberapa aplikasi yang direka khusus bagi disesuaikan dengan prestasi sesebuah peranti.

Anatarnya adalah seperti YouTube Go yang membolehkan pengguna menonton video pada sambungan rangkaian internet perlahan serta Gallery Go by Google Photos yang hanya bersaiz 10MB bagi memudahkan pengguna mencari dan menguruskan foto-foto di dalam peranti Android mereka.

Berkaitan