Anda Wajib Tanya 8 Soalan Ini Kepada Telco Sebelum Langgan Perkhidmatan Mereka

Terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi yang menyediakan rangkaian perkhidmatan di Malaysia. Jadi pastinya ia agak memeningkan untuk anda  memilih servis telekomunikasi yang terbaik untuk anda langgan.

Tetapi sebagai pengguna, anda punyai hak untuk bertanyakan kepada penyedia perkhidmatan tentang pelbagai perkara berkaitan pelan-pelan servis yang ditawarkan mereka.

Tetapi mungkin juga anda tidak tahu apa yang hendak ditanyakan pada wakil penyedia perkhidmatan telekomunikasi tersebut untuk informasi anda.

Jadi di sini dikongsikan 8 soalan penting yang boleh ditanyakan oleh anda kepada wakil penyedia perkhidmatan sebelum  melanggan sesebuah perkhidmatan mudah alih & internet.

1. Berapakah jumlah data, teks atau panggilan tempatan yang disertakan dalam langganan?

Soalan pertama ini penting untuk ditanya kepada penyedia perkhidmatan supaya anda fahami limit maksimum data, teks atau panggilan tempatan sebelum anda dikenakan caj tambahan.

2. Berapakah jumlah minimum yang perlu anda bayar sepanjang tempoh kontrak?

Adalah perlu untuk anda tahu jumlah minimum yang perlu dibayar sepanjang tempoh kontrak langganan anda aktif. Ini akan membantu anda untuk jangka masa panjang kerana mungkin terdapat caj tertunggak yang perlu dibayar.

Jadi anda dicadangkan supaya membayar bil tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang caj tambahan atau penalti dikenakan oleh penyedia perkhidmatan ke atas anda.

3. Adakah peralatan disediakan & ada bayaran tambahan?

Anda perlu bertanyakan soalan ini bagi memastikan anda tidak akan mendapat kejutan bil kerana ada masanya peralatan akan disediakan bersama-sama dengan caj tambahan bergantung kepada langganan anda.

4. Periksa sama ada penyedia perkhidmatan mempunyai liputan yang baik di tempat anda tinggal & bekerja

Pastikan anda memeriksa terl ebih dulu sesebuah liputan penyedia perkhidmatan di kawasan anda sebelum melanggan mana-mana pelan langganan mudah alih & internet yang ditawarkan.

Anda boleh menyemak sendiri liputan di rangkaian di kawasan anda menerusi pautan seperti di bawah:

5. Apakah yang akan berlaku apabila anda melebihi had langganan?

Sebagai pengguna, anda perlu bertanya kepada penyedia perkhidmatan bagi memahami apakah yang akan berlaku jika anda melebihi had langganan perkhidmatan mudah alih & internet.

Penyedia Perkhidmatan harus mempunyai cara untuk memberitahu anda bagi mengelakkan anda dari membayar sebarang caj tambahan.

6. Berapa yang anda perlu bayar untuk membuat panggilan atau menggunakan perayuan data apabila anda pergi ke luar negara?

Caj panggilan dan penggunaan perayauan data yang dikenakan oleh setiap Penyedia Perkhidmatan adalah pada kadar yang berbeza. Anda disyorkan menyemak dengan penyedia perkhidmatan tentang kadar dan cara perayauan data diaktifkan.

7. Berapa lama masa yang diambil untuk perkhidmatan baharu anda disambungkan?

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang tidak perlu terutamanya apabila anda baru melanggan langganan baharu, pastikan anda bertanya perkara ini pada wakil Penyedia Perkhidmatan untuk kepastian.

Kebiasaannya wakil penyedia perkhidmatan akan memberitahu anda tentang perkara ini.

8. Apakah yang berlaku jika anda ingin menukar penyedia perkhidmatan anda?

Sekiranya anda tidak berpuas hati dan ingin menukar penyedia perkhidmatan, anda disarankan untuk bertanya lebih awal, bukan semasa anda ingin menamatkannya.

Adalah penting untuk bertanya kepada penyedia perkhidmatan tentang proses dan jika terdapat sebarang penalti yang akan dikenakan jika menukar penyedia perkhidmatan.

Semoga tip ini akan memberikan manfaat serta anda akan lebih faham tentang pelan-pelan langganan perkhidmatan mudah alih & internet yang ditawarkan dengan bertanyakan 8 soalan ini.

Sumber: CFM

Berkaitan