Walaubagaimanapun bagi versi WhatsApp Web, pengguna masih belum dapat mengaktifkan tema gelap tersebut.
Tetapi penemuan oleh laman Wabetainfo memaklumkan, pengguna umum sudah pun boleh mencuba lebih awal tema gelap WhatsApp Web dengan mengubah sedikit kod ringkas pada pelayar.
Berikut adalah cara mengaktifkan tema gelap WhatsApp Web buat masa ini:-
1. Buka laman muka rasmi WhatsApp Web
2. Log masuk dengan menggunakan kod QR.
3. Seterusnya, klik butang kanan tetikus dan pilih Inspect pada kotak dialog.
4. Kemudian di bahagian Elements, klik untuk pilih body class="web
5. Kemudian sekali lagi klik butang kanan tetikus dan pilih Edit > HTML
6. Pada bahagian ini, tukarkan "web itu kepada "web dark"
7. Sebaik sahaja menukarkannya, anda akan dapati WhatsApp Web anda berada di dalam mod tema gelap sepertimana aplikasi WhatsApp pada telefon pintar.
Memandangkan tema gelap WhatsApp Web masih dalam peringkat pembangunan, maka ini sahaja cara mengaktifkannya buat masa ini.
Pastinya apabila siap sepenuhnya nanti, WhatsApp Web akan dilengkapi dengan butang yang memudahkan pengguna mengaktifkan tema gelap atau cerah pada WhatsApp Web.
Berkaitan
- WhatsApp Mula Tawar Ciri Baru Yang Dinanti-Nantikan Ini Lebih Awal Kepada Pengguna Beta
- Sebanyak 11 Ciri Baru WhatsApp Ini Sudah Dan Akan Diperkenalkan Tahun Ini
- WhatsApp Temui Perisian Hasad Dalam Versi Modifikasi, CEO Beri Amaran Bahaya Guna Versi Pihak Ketiga
- Anda Kini Sudah Boleh Kongsikan Status WhatsApp Ke Laman Facebook
- Hati-Hati Dengan Penipuan Pindah Wang Melalui WhatsApp
- WhatsApp Menambah Pilihan Tetapan Baharu Untuk Ruang Privasi Anda
- 7 Bilion Mesej Suara Dihantar Setiap Hari Pengguna WhatsApp
- WhatsApp Lancar 'Security Centre', 8 Ciri Untuk Tingkatkan Keselamatan Akaun WhatsApp Anda
- Waspada Mesej Palsu Berkenaan Permohonan i-Sinar Yang Tular Di WhatsApp
- WhatsApp Cuba Cara Baru Atasi Pengguna Naif Kongsi Kod Pendaftaran 6 digit Kepada Pihak Lain