Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp ios

WhatsApp Cuba Cara Baru Atasi Pengguna Naif Kongsi Kod Pendaftaran 6 digit Kepada Pihak Lain

Diterbitkan Jun 7, 2022 · Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh ariff bukhari

Paparan Kod pendaftaran 6 digit merupakan salah satu ciri keselamatan bagi mengesahkan nombor telefon.

Ia muncul apabila anda mencipta akaun baharu atau mendaftarkan semula akaun sedia ada.

Untuk mengesahkan bahawa anda memiliki nombor telefon tersebut, anda akan diprom untuk memasukkan kod pendaftaran 6 digit yang dihantar kepada anda melalui SMS atau panggilan telefon.

Mengesahkan nombor telefon anda dengan kod pendaftaran itu adalah satu-satunya cara bagi membolehkan akaun WhatsApp diaktifkan.

Walaubagaimanapun, terdapat laporan  melibatkan insiden di mana pengguna telah berkongsikan kod pendaftaran 6 digit mereka kepada pihak lain selepas kononnya dihubungi oleh pihak WhatsApp.

Mengakibatkan akaun WhatsApp mangsa dicuri oleh pihak yang telah menipu mereka.

Jadi bagi mengatasi isu ini, WhatsApp kini dilaporkan sedang membangunkan ciri pengesahan kod 2 kali kepada penggunanya.

WhatsApp Cuba Cara Baru Atasi Pengguna Naif Kongsi Kod Pendaftaran 6 digit Kepada Pihak Lain

Seperti yang dikongsikan tangkap layar oleh Wabetainfo di atas, pendaftaran nombor telefon di peranti baharu sekali perlu memasukkan kod 6 digit pengesahan bagi melengkapkan proses pendaftaran akaun WhatsApp di peranti baru tersebut.

Jadi dengan adanya ciri pengesahan pendaftaran 2 kali ini sekaligus akan menyedarkan pengguna jika berlaku insiden pihak lain cuba mengakses akaun WhatsApp mereka.

Ciri keselamatan baharu ini masih dalam peringkat pembangunan tetapi dijangka ia akan ditawarkan kepada semua pengguna WhatsApp tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • macOS Ventura: USB-C Perlu Ada Kebenaran Untuk Hubung Dengan Mac Apple Silicon
  • MacBook Air Diberi Nafas Baharu Yang Ditunggu-Tunggu
  • Panggilan Video Tak Cantik? Apple Akan Benarkan iPhone Jadi ‘Webcam’ Untuk Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY