Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp hide

WhatsApp Temui Perisian Hasad Dalam Versi Modifikasi, CEO Beri Amaran Bahaya Guna Versi Pihak Ketiga

Diterbitkan Julai 19, 2022 ยท Dikemas kini Julai 19, 2022 oleh ariff bukhari

Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Will Cathcart menerusi ciapan akaun Twitter rasmi miliknya telah mengingatkan pengguna-pengguna aplikasi WhatsApp untuk tidak memuat turun dan menggunakan aplikasi mereka dari pihak ketiga.

Beliau menegaskan bahawa memuat turun aplikasi WhatsApp palsu atau versi modifikasi sebagai satu tindakan tidak bijak.

Ini kerana baru-baru ini, pihak mereka telah menemui perisian hasad dalam aplikasi WhatsApp dari pembangun pihak ketiga seperti dari pembangun yang bernama HeyMods dan Hey WhatsApp.

Beliau menjelaskan, walaupun aplikasi-aplikasi pihak ketiga ini memberikan lebih banyak ciri-ciri lain berbanding yang tersedia ada dalam versi asli, tetapi ia sebenarnya adalah scam bagi mencuri info peribadi yang ada dalam peranti penggunannya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna hanya menggunakan aplikasi WhatsApp dari pembangun sebenar sahaja yang ada ditawarkan dalam Google Play Store.

Malah beliau juga memaklumkan akan cuba mengambil tindakan undang-undang ke atas pembangun versi WhatsApp palsu.

If you see friends or family using a different form of WhatsApp please encourage them to only use WhatsApp from a trusted app store or our official website directly at https://t.co/YAJdT4emYv.

— Will Cathcart (@wcathcart) July 11, 2022

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, WhatsApp ada menyatakan larangan kepada penggunanya di mana akaun anda mungkin akan disekat sementara atau secara kekal jika anda menggunakan aplikasi WhatsApp versi yang tidak disokong dan tidak rasmi.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY