Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp

Hati-Hati Dengan Penipuan Pindah Wang Melalui WhatsApp

Diterbitkan Disember 6, 2023 oleh ariff bukhari

CyberSecurity Malaysia memaklumkan mengesan aktiviti penipuan menggunakan aplikasi WhatsApp, di mana pelaku (penipu) menyamar sebagai individu yang dikenali mangsa.

Modus operandinya adalah penipu akan menghantar satu pautan melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa dan meminta mangsa untuk klik pada pautan tersebut yang akhirnya menyebabkan mangsa kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri.

Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan.

Hati-Hati Dengan Penipuan Pindah Wang Melalui WhatsApp

Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp tersebut.

Penipu menggunakan teknik melibatkan kandungan teks yang mendakwa ‘mangsa’ berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan bagi membantu ‘mangsa’ keluar dari krisis atau kes kecemasan tersebut. Penipu berjanji akan membuat pembayaran balik.

whatsapp scamm

Dalam situasi ini, kenalan mangsa akan terpedaya dan mempercayai mesej tersebut dihantar oleh rakan mereka yang memerlukan wang yang mana akhirnya kenalan mangsa mengalami kerugian wang.

Ekoran itu, CyberSecurity Malaysia menasihatkan orang ramai untuk tidak klik pada sebarang pautan yang diterima melalui Whatsapp.

Jangan membuat sebarang pemindahan wang sebelum mendapat kepastian dan pengesahan.

Berkaitan

  • Aplikasi Google Android Akan Lancar "Sport Widget"
  • Jurutera Jepun Pecah Rekod Dunia Internet Terpantas, 20 Kali Ganda Trafik Internet Global
  • Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma

Sumber: CyberSecurity Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY