Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar “Youtube Go”

Google Lancar “Youtube Go”

Diterbitkan September 27, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Google Lancar “Youtube Go”

Hari ini, Google memperkenalkan versi baru kepada aplikasi Youtube mereka yang dipanggil dengan Youtube Go. Versi baru itu diperkenalkan di India untuk membantu pengguna menangani masalah sambungan internet yang perlahan. Projek ini merupakan sebahagian daripada program “Next Billion” yang mensasarkan pengguna di India.

Youtube Go menawarkan ciri yang boleh membantu pengguna menonton video walaupun dalam keadaan sambungan ke internet perlahan. Antara ciri utama yang diketengahkan adalah,  pengguna mampu berkongsi video dengan rakan yang lain. Ciri “sosial” ini menggunakan protokol langsung WiFi untuk bertukar-tukar fail dan ia telah disahkan wakil syarikat kepada laman MashableIndia.

Dengan adanya Youtube Go, Google cuba untuk mempertingkatkan ciri luar talian Youtube. Aplikasi terbaru ini membolehkan pengguna mendapatkan preview video yang mahu di muat turun pada “bandwith yang sangat rendah”. Syarikat turut menyatakan Youtube Go akan berkongsi informasi tentang jumlah data yang digunakan sesebuah video.

Google Lancar “Youtube Go”

Google dijangka melancarkan aplikasi Youtube Go ini di India selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2016. Rasa-rasannya seluruh rakyat Malaysia berharap dapat menikmati aplikasi serupa dengan rakyat di India.

Sumber: MashableAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY