Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Gunakan E-Wallet Touch N’ Go Di  Terowong SMART Dan Lebuhraya LKSA

Anda Kini Boleh Gunakan E-Wallet Touch N’ Go Di Terowong SMART Dan Lebuhraya LKSA

Diterbitkan Februari 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

E-Dompet Touch N’ Go yang sebelum ini dijalankan sebagai projek rintis bagi lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), telahpun dikembangkan penawarannya ke dua lagi lokasi lain.

Lokasi yang dimaksudkan adalah Lebuhraya Kemuning Shah-Alam (LKSA) dan juga terowong SMART.

Screenshot 2019-02-12 at 11.35.10 AM

Mungkin pada awalnya ramai yang merungut tentang kekurangan aplikasi tersebut, tetapi pihak Touch N’ Go telah melakukan penambahbaikan seperti pengenalan ciri TNG Card. Melaluinya, pengguna boleh…

  • menambah nilai kad fizikal dengan lebih mudah tanpa perlu beratur lagi,
  • jika baki kad fizikal tidak mencukupi, baki dari e-dompet akan ditolak,
  • Lihat baki dan transaksi sehingga 90 hari.

Oleh kerana ia masih lagi dalam kategori projek rintis, penawaran hanya dibuat ditiga lokasi diatas tetapi bakal diluaskan lagi ke lokasi lain sekitar Lembah Klang sepanjang tahun ini.

Berkongsi informasi pada acara bertemu media semalam, CEO TNG Digital, Syahrunizam Samsudin menyatakan sejumlah 23 lebuhraya meliputi 167 laluan telah dilengkapi dengan ciri RFID.

Screenshot 2019-02-12 at 10.55.17 AM

Ia juga sudah melibatkan lebih dari 100,000 pengguna  TNG RFID serta 32 pusat pemasangan ciri tersebut.

Anda Kini Boleh Gunakan E-Wallet Touch N’ Go Di  Terowong SMART Dan Lebuhraya LKSA

Selain itu, beliau juga berkongsi perancangan TNG Digital pada hadapan kearah perkhidmatan Multi-Lane Free Flow. Ia tidak menggunakan plaza tol dan mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ketika pembayaran.

Screenshot 2019-02-12 at 11.00.54 AM

Muat turun e-dompet Touch N’ Go dari Google PlayStore dan App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY