Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SQUID GAME

Anda Kini Boleh Cuba Permainan ‘Squid Game’ Di Google Search

Diterbitkan Disember 27, 2024 · Dikemas kini Disember 27, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Netflix telah pun melancarkan musim kedua Squid Game semalam, iaitu pada 26 Disember 2024. Bagi memeriahkan kehadiran rancangan itu, Google juga tidak ketinggalan menyediakan easter egg atau mesej rahsia di platform cariannya.

Apabila melakukan carian di Google Search dengan kata kunci seperti squid game, squid game season 2, squid game musim 2/kedua dan sebagainya, kad jemputan ikonik daripada rancangan itu akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin peranti.

Klik pada kad tersebut akan membawa pengguna kepada versi skrin penuh permainan mini interaktif “Red Light, Green Light”. Terdapat butang Go (O) dan Stop (X) di bahagian bawah skrin yang boleh mengawal enam watak.

Anda Kini Boleh Cuba Permainan ‘Squid Game’ Di Google Search
Anda Kini Boleh Cuba Permainan ‘Squid Game’ Di Google Search
Anda Kini Boleh Cuba Permainan ‘Squid Game’ Di Google Search
Anda Kini Boleh Cuba Permainan ‘Squid Game’ Di Google Search

Sama seperti dalam rancangan itu, anda perlu menggerakkan watak tersebut ke hadapan apabila Young-hee tidak melihat dan berhenti apabila anak patung besar itu berpusing. Jika ditangkap bergerak, satu watak akan disingkirkan.

Buat pengetahuan, musim kedua Squid Game hadir selepas lebih tiga tahun musim pertama dilancarkan, dengan tayangan musim terakhir dijangka pada 2025.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia
  • Pengguna Apple Lebih Ramai Langgan Netflix Dan Amazon Prime Berbanding Apple TV - CIRP
  • Siri Netflix Arcane Cukup Berjaya, Tapi Tak Menguntungkan Riot Games

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY