Jika anda berada dalam keadaan diatas, apakah tindakan anda?
Kini satu aplikasi dikenali sebagai Doctor2U telah diperkenalkan bagi memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan kecemasan dan kesihatan.
Ia merupakan aplikasi yang pertama seumpamanya di Malaysia dan merupakan hasil kerjasama antara Doctor2U dan Falck First Ambulance. Sebanyak 20 unit ambulans telah disediakan bagi perkhidmatan ini.
Apa yang ditawarkan oleh Doctor2U?
Terdapat 5 servis yang ditawarkan oleh aplikasi ini, seperti...
- Meminta perkhidmatan ambulans - anda boleh tahu kedudukan ambulans menerusi sistem GPS. Hantar ke hospital mengikut permintaan pesakit.
- Meminta doktor datang merawat anda di rumah, pejabat mahupun hotel - Doktor akan tiba dalam masa 60 minit.
- Sesi khidmat nasihat bersama doktor secara langsung melalui video - khidmat nasihat secara live tanpa mengira masa.
- Tanya soalan dengan pakar kesihatan secara live chat - Mengapa perlu Google jika anda mampu bertanya terus kepada doktor, ahli farmasi atau pakar pemakanan.
- Penghantaran ubat terus ke muka pintu - Tiada masa untuk pergi beli ubat? Khidmat penghantaran ubat dari cawangan farmasi BP atau Lovy Pharmacy di seluruh negara.
Untuk perkhidmatan ambulans ia dibahagikan kepada 2 harga iaitu...
- RM200 - 8 pagi hingga 8 malam
- RM380 - 8 malam hingga 8 pagi
... dan harga diatas termasuk sekali dengan...
- Khidmat nasihat doktor
- Pengangkutan doktor
- Preskripsi
- Rawatan asas
- Sijil cuti sakit (jika perlu)
Cara pembayaran?
- PayPal Branitree dan MOLpay.
Kawasan yang ditawarkan?
Buat permulaan ia akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang serta Kota Kinabalu dan bakal dikembangkan ke Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru tidak lama lagi.
Doctor2U menganggarkan jangka masa respons adalah dua kali lebih pantas daripada panggilan yang dibuat kepada talian 999.
Klik sini untuk muat turun Android atau iOS
Sumber: Astro Awani
Berkaitan
- GoPro Hero 6 Black Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan Pada Harga RM2399
- DJI Mavic Mini Diperkenalkan, Bersaiz Kompak Dan Mampu Terbang Sehingga 30 Minit
- Dr. Maszlee Malik Perkenal Platform Pembelajaran Dalam Talian Percuma
- Sony Tamatkan Servis Muzik TrackID September Ini
- Garmin Tactix Delta Solar Edition Sudah Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM5099
- Sebuah Lagi Peranti Snapdragon 865 Dilancarkan, Kini Giliran Vivo
- TM Perkenalkan Aplikasi care@unifi, Memudahkan Anda Mengurus Akaun Unifi
- Samsung Galaxy A31 Diperkenalkan, Bateri 5000mAh Dan Kuad Kamera
- MediaTek Mahu Bangunkan Sistem Imbasan Wajah Mirip Apple Tetapi Untuk Peranti Murah
- Apple Bakal Beri Ganjaran Pada Remaja Yang Temui Masalah Pepijat FaceTime