Analisa Permainan Ward Invictus Gaming Bahagian Kedua

Jika sebelum ini kita sudah mengupas bagaimana pasukan IG meletakkan ward mereka pada permulaan perlawanan, sekarang mari lihat pula bagaimana permainan ward IG pada awal  permainan.

Awal Permainan (Dire)



Apabila permainan mula mendapat rentak masing-masing, warder IG masih mengutamakan penglihatan di bahagian tengah dan mula meletakkan ward di bahagian pihak lawan bagi mengesan kedatangan musuh menyerang hendap di tengah.

IG juga mementingkan safe lane mereka dan hanya meletakkan ward yang sedikit untuk bahagian offlane mereka.

Pemain supporter IG, Boboka sememangnya memainkan peranan penting pada awal permainan dengan melakukan gerakan bagi membantu pemain tengah mereka sambil menghalang pemain lawan dari masuk ke kawasan hutan IG.



Sama juga jika bermain untuk bahagian Radiant dimana keutamaan diberikan kepada pemain tengah dengan penglihatan di kawasan rune atas diberi perhatian.

IG juga meletakkan ward di kawasan tower T2 membolehkan BurNing mengambil monster hutan dan tidak digank oleh pihak lawan.

IG juga meletakkan ward di tanah tinggi di rune bawah dan cuba membantu offlane mereka mendapatkan rune.

Pada posisi ini, IG cuba mengimbangkan farm kepada seluruh pasukan kerana kawasan Radiant yang lebih besar.

Sumber