AMD merancang untuk menguasai pasaran permainan 4K.
Firma pengeluar cip pemprosesan utama dan cip pemprosesan grafik komputer, AMD mensasarkan untuk menguasai pasaran permainan 4K dengan menawarkan barisan cip pemprosesan grafik Radeon (GPU) bagi mengatasi barisan model kad grafik yang dikeluarkan oleh Nvidia.
Malah AMD memberitahu bahawa mereka akan mampu mengatasi Nvidia sepertimana mereka mengatasi jualan cip pemprosesan Intel tahun lalu.
Keyakinan itu dinyatakan oleh Mithun Chandrasekhar, Ketua Pengurus Produk Grafik Radeon, seperti dilaporkan oleh laman PC GamesN.
“With the Radeon 5000-series we are essentially covering 90-something-percent of the total PC gamers today. And so that’s the reason why no 4K right now, it’s because the vast majority of them are at 1440p and 1080p. That doesn’t mean a 4K-capable GPU isn’t coming, it is coming, but for here and now we want to focus on the vast majority of gamers.” Mithun Chandrasekhar.
AMD pada tahun lalu telah pun berjaya menguasai pasaran cip pemprosesan utama (CPU) daripada Intel. Berdasarkan pdata dari Danawa Research tahun lalu, jumlah unit cip pemprosesan utama (komputer meja) yang ditawarkan AMD Ryzen telah melebihi jumlah unit cip pemprosesan Intel Core.
Beberapa minggu lalu juga, AMD telah pun mengumumkan kehadiran model terbaru kad grafik Radeon 5600 XT bagi mengatasi dominasi kad grafik Nvidia 1080p GTX 1060.
Berkaitan
- Intel Akui Buat Masa Ini Mereka Tidak Mampu Mengejar Pembangunan Cip Pemprosesan AMD 7nm
- Siri AMD Ryzen Dan Athlon 7020 C-Series Kuasakan Chromebook, Bateri Bertahan Sehingga 19.5 Jam
- NVIDIA Akan Menamatkan Sokongan Ke Atas Sistem Windows 7 Dan Windows 8/8.1
- AMD Menguasakan Komputer Paling Berkuasa Di Dunia
- Ujian Geekbench AMD Ryzen 9 3950X Didapati Mengatasi Intel Core i9-9980XE
- Penggunaan Kuasa GPU NVIDIA H100 Dijangka Lebih Tinggi Berbanding Beberapa Buah Negara
- Cara Mengemas Kini Pemacu Cip Intel, AMD Dan Nvidia Secara Manual
- AMD Umum FSR 3.1, Teknologi Peningkatan Penjanaan Bingkai Terkini
- Acer Malaysia Lancar 'Laptop Gaming' Acer Nitro 16, Dikuasakan AMD Ryzen Dan NVIDIA GeForce RTX
- ASUS Vivobook Go 15 (E1504F) Kini Dikuasakan AMD Ryzen 5 7520U