Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
amazfit gtr mini malaysia

Amazfit GTR Mini Dilengkapi AMOLED 1.28″ Berharga RM599

Diterbitkan Mac 15, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Amazfit sebentar tadi telah melancarkan produk baharu mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Amazfit GTR Mini. Ia didagangkan pada harga RM599.

amazfit gtr mini malaysia 3

Jam tangan pintar ini tampil dengan muka jam bulat bersama ketebalan 9.25mm (tanpa tapak sensor) dan berat 34.2g.

Bingkai dan butangnya diperbuat daripada keluli tahan karat menghiasi paparan AMOLED lengkung bersaiz 1.28 inci dengan ketumpatan 326 PPI.

amazfit gtr mini malaysia 7

amazfit gtr mini malaysia

Pengguna juga boleh memilih lebih daripada 80 muka jam dan 11 yang beranimasi untuk paparan utama.

Bercakap tentang peranti penjejak kesihatan, tak sahlah kalau kita tidak minat untuk tahu ketahanan baterinya.

amazfit gtr mini malaysia 6

GTR Mini boleh bertahan sehingga:

  • 14 hari sekali cas untuk penggunaan biasa
  • 7 hari penggunaan berat
  • 20 hari dalam mod jimat kuasa
  • 30 hari mod jam
  • 25 jam mod GPS berterusan

amazfit gtr mini malaysia

Ia dilengkapkan dengan 5 sistem kedudukan satelit untuk ketepatan lokasi anda. Kata Amazfit, kebanyakan jam terlepas 50% daripada isyarat satelit kerana menggunakan teknologi GPS polar linear.

amazfit gtr mini malaysia

Untuk GTR Mini, ia menggunakan teknologi GPS circularly-polarized, jadi ia boleh mendapat hampir 100% isyarat satelit.

120 mod sukan tersedia dan tahap kalis airnya pula sehingga 5 ATM, sesuai untuk pelbagai kegunaan sukan.

amazfit gtr mini

Mudah kata, ia mempunyai semua ciri-ciri penjejak kesihatan dengan kelebihan saiz yang kecil dan kelebihan sistem GPS.

Tiga warna tersedia ialah hitam, biru dan merah jambu.

Berkaitan

  • Amazfit T-Rex 2 Mula Dipasarkan Di Malaysia, Bateri Tahan Sehingga 24 Hari
  • Amazfit GTS 4 Dan GTR 4 Dipasarkan di Malaysia Pada Harga RM829

Ia akan mula dijual pada 17 Mac 2023. Klik SINI untuk beli di Shopee Amazfit rasmi.

Spesifikasi penuhnya pula boleh diakses di laman web Amazfit.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY