Amazfit Bip U Kini Dijual Di Pasaran Tempatan Dengan Harga RM 229

Amazfit Malaysia memperluaskan lagi barisan jam mereka dengan Amazfit Bip U. Hadir dengan rekaan yang ringan berbentuk segi empat tepat.



Dilengkapi paparan skrin 1.43 inci LCD beresolusi 320x302 serta kaca Corning Gorilla 3 2.5D. Ia menawarkan 50 muka jam untuk dipilih oleh pengguna.

Selain itu, terdapat lebih daripada 60 mod sukan yang memberikan pengguna menjejak data ketika bersukan. Ia juga mampu tahan di dalam air sehingga 50 meter.

Fungsi lain bagi jam ini adalah pemantauan oksigen dalam darah, BioTracker 2 PPG (sensor untuk kadar degupan jantung 24/7), kitaran haid dan ovulasi untuk wanita serta pemantauan tekanan.

Bateri yang dimuatkan sebesar 225mAh ini mampu berikan ketahanan sehingga 9 hari. Harga rasmi bagi Amazfit Bip U adalah RM249.

Namun, anda boleh dapatkannya pada harga serendah RM229 sempena pelancarannya bagi pembeli terawal di kedai rasmi Amazfit melalui pautan dibawah.