Amazfit Bip S Dengan Spesifikasi Lebih Berkuasa Dan Bateri Lebih Lama Akan Dilancarkan Pada CES 2020 Nanti

Consumer Electronics Show (CES) 2020 akan bermula pada Januari nanti. Jadi pengeluar di sebalik produk Amazfit, Huami mula mengacah model Bip terbaharu mereka, Amazfit Bip S.

Huami mengatakan jam pintar terkini yang bakal dilancarkan itu akan mempunyai spesifikasi lebih berkuasa dengan bateri yang lebih tahan lama.

Video acah yang dimuatkan melalui Twitter itu menunjukkan rekaan lama yang tidak berubah dengan paparan petak dan bucu melengkung.

https://twitter.com/amazfit/status/1210258688868376576

https://twitter.com/amazfit/status/1208929760073486337

Generasi pertama Amazfit Bip sebelum ini telah dilancarkan pada 2018, dengan model seterusnya iaitu Bip Lite. Pada Ogos lalu pula, Amazfit GTS diumumkan dengan paparan lebih tajam dan juga fungsi penjejak aktiviti yang baharu.

Untuk mengetahui spesifikasi jam pintar Amazfit Bip S ini dengan lebih lanjut lagi, sama-samalah kita menantikan pelancarannya pada acara CES 2020 nanti.

Sumber: Amazfit