Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus buds

OnePlus Buds Diumumkan – Sokongan Dolby Atmos Dan Ketahanan Bateri Sehingga 30 Jam

Diterbitkan Julai 22, 2020 ยท Dikemas kini Julai 22, 2020 oleh Meor Hasyim

Untuk sebuah fon telinga, OnePlus bukanlah jenama asing kerana sebelum ini sudah banyak kali hadir dengan edisi fon telinga Bullets mereka. Namun setakat ini fon telinga yang ditawarkan masih lagi wayar. Dengan OnePlus Buds yang baru sahaja diumumkan ini, ia menjadi true wireless stereo (TWS) pertama dari jenama itu.

Fon telinga ini telah diumumkan seiring dengan pengenalan OnePlus Nord. Dari segi rekaan, ia berbentuk telur dan hadir dalam 3 pilihan warna iaitu putih, biru, dan hitam.

OnePlus Buds

Ia juga tidak mempunyai sebarang silikon untuk bahagian telinga dan hanya semata-mata plastik. Selain itu, fon telinga ini dilengkapi dengan Bluetooth 5.0 serta Google Fast Pair untuk sambungan pantas.

Dari segi audio, terdapat pemacu dinamik bersaiz 13.4mm dan sokongan Dolby Atmos. Antara lainnya juga adalah 3 mikrofon pada setiap pasang fon telinga dan piawaian IPX4.

Bateri untuk setiap pasang adalah berkapasiti 35mAh dan boleh memainkan muzik selama 7 jam. Jika dimasukkan ke dalam pod pengecasan yang berkapasiti 430mAh pula, ia mampu bertahan selama 30 jam lamanya.

Terdapat lubang pengecasan USB-C di bawah pod yang turut menyokong pengecasan pantas Warp Charge. Namun, tiada pengecasan tanpa wayar seperti kebanyakan fon telinga premium lain.

Untuk kawalan, pengguna boleh menjawab panggilan, main dan hentikan muzik, serta mengaktifkan mod latensi lebih rendah melalui gestur sentuh.

Image

OnePlus tidak mengumumkan tarikh jualan fon telinga ini buat masa ini namun harga pasarannya adalah 79 USD iaitu sekitar RM336.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY