Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Rahsia Bagaimana Google Pixel 5 Mempunyai Binaan Aluminium, Tetapi Sokong Pengecasan Tanpa Wayar

Ini Rahsia Bagaimana Google Pixel 5 Mempunyai Binaan Aluminium, Tetapi Sokong Pengecasan Tanpa Wayar

Diterbitkan Oktober 1, 2020 oleh Meor Hasyim

Malam semalam, Google telah selamat melancarkan Pixel 5 iaitu telefon mercu mereka untuk tahun ini. Ia direka dengan bahan binaan aluminium dan juga pada masa yang sama menyokong pengecasan tanpa wayar.

Akan tetapi, mana mungkin pengecasan tanpa wayar berfungsi jika telefon menggunakan bahan binaan aluminium atau berasaskan besi.

Ini adalah kerana isyarat mengecas tidak boleh menembusi aluminium/besi membuatkan pengeluar perlu menggunakan bahan binaan lain seperti polikarbonat atau kaca jika mahu memuatkan pengecasan tanpa wayar.

Google-Pixel-5-Google-Store-1000×563 (1)

 

Namun dengan Pixel 5, Google melakukan muslihat.  Google telah membuat lubang khas pada aluniminium tersebut yang membenarkan pengecasan berlaku.

Kemudiannya, ia dilapisi dengan bahan dipanggil bio-resin yang berada di atas aluminium tersebut. Walaupun ia berlubang, Google mengatakan pengguna tidak akan merasa cacat terhadap rekaan sebegini kerana bio-resin itu cukup kukuh.

Apabila ditanya alasan mengapa Google menggunakan rekaan sebegini, mereka menjawab ia adalah semata-mata menjadikan Pixel 5 nipis dan premium untuk dipegang.

Secara tidak langsung, ini menjadikan Pixel 5 sebagai telefon pertama yang menyokong pengecasan tanpa wayar melalui aluminium.

Sumber: Android Authority

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY