Terkini, Instagram telah menyatakan bahawa iklan akan datang dipaparkan di IGTV. Mungkin ia agak menjengkelkan untuk penonton yang melihat, tapi untuk pengkarya yang membuat video IGTV, ini merupakan satu berita gembira dan menarik buat mereka.
Menurut Instagram, mereka akan berkongsi hasil pendapatan iklan sehingga 55% di IGTV sama sepertimana iklan di YouTube berfungsi. Iklan ini mempunyai maksimum 15 saat dan akan dipaparkan bermula minggu hadapan.
Untuk makluman, IGTV membolehkan pengguna Instagram memuat naik video yang berdurasi lama. Pengiklanan IGTV ini sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada pengkarya untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan memuat naik video IGTV ketika PKP dan kuarantin ini.
Sumber: Instagram
Berkaitan
- Instagram Lancar Fungsi Caption Warning Untuk Halang Komen Berbaur Negatif
- Instagram Live Kini Boleh Ditonton Melalui Web
- Ini Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Muat Naik Gambar Sama Di Instagram Lebih Dari 300 Kali
- Instagram Uji Langganan Berbayar Untuk Kandungan Ekslusif Individu, Mahu Bantu Influencer Cari Makan
- Kesatuan Eropah: Tanpa Facebook Dan Instagram Pun Kami Tiada Masalah
- Akaun Instagram Rasmi Canon Malaysia Digodam, Semua Gambar Lesap