Ini Senarai Harga Rasmi Siri Samsung Galaxy S21 Untuk Pasaran Malaysia - Bermula Dari RM3,699

Selesai melancarkan Galaxy S21 secara rasmi, Samsung Malaysia kini mula memperlihatkan harga rasmi untuk kesemua model yang ditawarkan.

Melalui laman rasmi Samsung Malaysia, ketiga-tiga Galaxy S21, Galaxy S21+, dan Galaxy S21 Ultra bakal ditawarkan di sini.

Galaxy S21 dijual bermula RM3,699 dengan memori 12GB RAM dan storan 256GB. Terdapat 6 pilihan warna Phantom Violet, Phantom Violet, Phantom White, dan Phantom Pink.



Galaxy S21+ pula dipasarkan pada RM4,299 dengan 3 pilihan warna - Phantom Violet, Phantom Violet, dan Phantom Silver. Memori yang ditawarkan adalah sama sahaja 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk Galaxy S21 Ultra, ia merupakan model termahal berharga bermula RM5,299. Dengan harga ini anda bakal mendapat memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Jika anda memilih untuk membayar RM5,899, anda akan menerima memori lebih besar 16GB RAM dan storan dalaman 512GB pula. Warna yang ditawarkan adalah dari Phantom Black dan Phantom Silver.

Jika anda membuat pra-tempah terus dari laman rasmi Samsung Malaysia, anda akan menerima hadiah percuma berikut:

  • Fon Telinga Samsung Galaxy Buds Live (Untuk Galaxy S21 dan Galaxy S21+)

  • Fon Telinga Samsung Galaxy Buds Pro (Untuk Galaxy S21 Ultra)

  • Samsung Galaxy SmartTag (Kesemua model)

  • Percuma Youtube Premium (Kesemua model)


Boleh ke pautan Samsung Malaysia di sini jika anda mahu membuat pra-tempahan ataupun melihat produk dengan lebih lanjut.