Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Algeria Menutup Servis Internet Negara Itu Gara-Gara Pelajar Yang Meniru Di Dalam Peperiksaan

Algeria Menutup Servis Internet Negara Itu Gara-Gara Pelajar Yang Meniru Di Dalam Peperiksaan

Diterbitkan Jun 22, 2018 oleh Wiser MY

Semua orang pernah menghadapinya; peperiksaan. Dari ‘toyol’ berbentuk kertas kecil, pemadam dan pelbagai lagi menjadi kaedah pelajar untuk meniru di dalam peperiksaan.

Sesuai dengan peredaran zaman, ‘toyol’ moden sekarang ini meliputi telefon pintar, jam pintar dan juga alatan elektronik yang boleh mengandungi bahan-bahan yang dilarang dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Algeria, sebuah negara Afrika Utara mengambil keputusan untuk menutup akses internet negara tersebut bagi mengelakkan digunakan pelajar yang sedang mengambil peperiksaan.

Negara itu akan mengadakan sebanyak 11 ‘gangguan’ internet secara berjadual yang akan bermula pada hari rabu lepas sehingga 25 Jun ini. Setiap ‘gangguan’ ini berlangsung selama 1 jam.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Nouria Benghabrit yang dipetik oleh akhbar Algeria, Annahar. Sekolah yang terlibat dengan peperiksaan juga telah dilengkapi dengan pengesan besi dan juga kamera pengawasan di setiap pintu masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Kerajaan Algeria mengambil langkah tersebut kerana pada tahun 2016 terdapat banyak laporan mengenai kertas peperiksaan bocor yang tersebar di laman media sosial. Nanun beberapa organisasi arab mengkritik keputusan tersebut kerana kerajaan tidak pernah memberikan data mengenai hasil keberkesan jika servis internet ditutup.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY