Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
One UI 6

Aktifkan Segera 2 Ciri One UI 6.1 Ini, Akan Panjangkan Hayat Bateri Telefon Galaxy Anda

Diterbitkan April 8, 2024 · Dikemas kini April 8, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung telah pun melepaskan kemas kini One UI 6.1 dengan pelbagai ciri menarik yang memfokuskan  penguasaan AI.

Tetapi selain itu, antara ciri yang patut tidak dilupakan adalah ciri yang Samsung janjikan untuk memastikan hayat bateri telefon pintar Galaxy anda lebih lama dan lebih cekap.

Jadi, berikut adalah 2 ciri baharu dalam One UI 6.1 yang direka khusus untuk memanjangkan hayat bateri Galaxy anda dengan ketara.

Battery Protection

Ciri Perlindungan Bateri (Battery Protection) menguruskan penggunaan kuasa bateri dengan bijak semasa peranti Galaxy sedang mengecas, di mana ciri ini mengurangkan tekanan pada bateri dan mengekalkan kapasitinya dari semasa ke semasa.

Pengguna boleh mengaktifkan ciri ini dengan mudah dengan pergi ke menu ‘Settings’, pada pilihan ‘Battery‘, hidupkan ciri ‘Battery Protection‘.

Langkah ini ialah cara yang mudah tetapi berkesan untuk mengekalkan kesihatan bateri.

samsung Battery Protection

Process Data Only On Device

Satu lagi ciri yang ditawarkan akan dapat memanjangkan hayat bateri peranti anda adalah tetapan pilihan ‘Process Data Only On Device’ yang membolehkan anda menikmati faedah AI dalam One UI 6.1 dengan sambil menjimatkan tenaga untuk tugasan lain.

Ciri ini terdapat dalam Settings >> Advanced Settings >> Advanced Intelligence >> pilih pilihan ‘Process Data Only On Device’ >>.

Process Data Only On Device

Jadi, dengan mengaktifkan ciri ini, pengguna telefon pintar Samsung Galaxy yang menyokong One UI 6.1 bolehlah memanfaatkan ciri ini untuk memanjangkan hayat bateri peranti mereka.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Sammyfans

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY