Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fiber Optic cables connected to an optic ports and UTP Network c

Akhirnya Selepas 50 Tahun, Pencipta Ethernet Menang Anugerah Tertinggi Perkomputeran

Diterbitkan Mac 24, 2023 oleh ariff bukhari

Idea penciptaan kepada sambungan Internet muncul pada 22 Mei 1973 apabila Bob Metcalfe menulis kepada bosnya di Xerox PARC, Pusat Penyelidikan Palo Alto yang terkenal dengan satu siri ciptaan pengkomputeran seminal.

Selepas 50 tahun penciptaannya, Ethernet telah menghubungkan hampir setiap komputer riba dan telefon pintar ke internet di seluruh dunia.

Maka tidak hairanlah tokoh yang melahirkan salah satu inovasi terulung itu memenangi anugerah Turing edisi 2022.

Akhirnya Selepas 50 Tahun, Pencipta Ethernet Menang Anugerah Tertinggi Perkomputeran
Robert Melancton Metcalfe tokoh yang bertanggungjawab mencipta sambungan Ethernet.

Anugerah Turing dinamakan bersempena dengan perintis dan pemecah kod Perang Dunia ke-II yang terkenal iaitu Alan Turing.

Anugerah Turing adalah satu pengiktirafan tertinggi dalam industri perkomputeran yang sering dirujuk sebagai Hadiah Nobel perkomputeran.

Pemenang Anugerah Turing turut menerima hadiah tunai sebanyak USD1 juta yang disokong oleh Google, Inc.

Bob Metcalfe juga merupakan pengasas 3Com iaitu sebuah syarikat yang mendapat keuntungan besar daripada pengkomersialan Ethernet.

Selain itu, beliau juga bergelar Profesor Emeritus Kejuruteraan Elektrik dan Komputer (ECE) selama 11 tahun di Universiti Texas, Austin.

Sambungan Ethernet berwayar bermula di Xerox PARC di mana pada waktu awalnya ia mencapai kelajuan pemindahan data selaju 2.94 megabit sesaat.

Tetapi kini ia sudah berjaya mencapai kelajuan 800 gigabit sesaat atau kira-kira 272,000 kali ganda lebih cepat.

Malah kini mereka sedang berusaha menggandakan kelajuan Ethernet kepada 1.6 terabit sesaat.

Berkaitan

  • Google Gesa Pengguna Android Segera Buang Aplikasi Popular Ini
  • Redmi Note 12 Pro+ Rasmi - 200MP Kamera, Pengecasan 120W
  • Redmi Watch 3 Dilancar Untuk Pasaran Global

Sumber: CNET, 2022 Turing Award

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY