Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-07-14 at 11.32.07 AM

Akaun-Akaun Terkenal Twitter Hilang Ramai Pengikut Di Laman Sosial Tersebut

Diterbitkan Julai 14, 2018 · Dikemas kini Julai 14, 2018 oleh Haikel Areff

Sebelum ini, Twitter telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menutup lebih daripada 70 juta akaun palsu bagi menjaga keselamatan dan mengekalkan keselesaan pengguna mereka. Mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga RM 12.45 billion akibat daripada tindakan itu.

Malah bukan itu sahaja, mereka kini menerima beberapa cemuhan daripada pengguna terutamanya pemilik akaun yang mempunyai pengikut yang ramai. Mereka ternyata bengang dan tidak berpuas hati kerana kehilangan ramai pengikut-pengikut mereka di laman berkenaan.

Antara individu popular yang mengalami masalah itu termasuklah selebriti terkenal Harry Styles, Donald Trump dan Stephen Fry. Harry Styles hilang 877,000 daripada pengikutnya, Donald Trump(340,000) dan pengikut Stephen Fry pula berkurangan sebanyak lebih kurang 400,000 orang.

https://twitter.com/stephenfry/status/1017609313546854405

Fry yang merupakan antara selebriti terawal yang mempunyai akaun Twitter telah memuatnaik satu kiriman bagi menyatakan betapa terkejutnya beliau apabila mendapat tahu bahawa hampir setengah juta daripada pengikutnya selama ini adalah akaun bots.

Akaun rasmi Twitter sendiri, @Twitter turut mengalami penurunan mendadak apabila pengikutnya berkurang dari 63 juta orang pada Rabu kepada 55 juta orang hari ini.

Sumber 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY