AirPods Max Rasmi Dilancarkan, Berharga RM2399

Apple kini secara rasmi mengumumkan AirPods Max, iaitu fon telinga tanpa wayar pertama di bawah jenama Apple dengan rekaan over-ear.

AirPods Max malaysia

AirPods Max dikuasakan cip Apple H1 untuk setiap cup. Fon kepala ini dilengkapi ciri seperti Adaptive EQ, pembatalan hingar aktif, mod Transparency, dan Spatial Audio.

AirPods Max malaysia

AirPods Max didatangkan dengan pemacu dinamik 40mm rekaan Apple. Ia hadir dengan ciri Digital Crown untuk kawalan bunyi, menjawab dan mematikan panggilan serta sebagainya. Terdapat juga butang kawalan untuk mengaktifkan pembatalan hingar.



Dari segi bateri, AirPods Max mempunyai ketahanan sehingga 20 jam bagi satu pengecasan penuh dengan pembatalan hingar atau mod Transparency diaktifkan. Menurut Apple, pengecasan selama 5 minit mampu memberikan 1.5 jam penggunaan. Sementara itu, pengecasan pula boleh dilakukan melalui kabel Lightning.

AirPods Max malaysia

AirPods Max turut hadir dengan Smart Case dalam kotak pembelian. Antara lainnya adalah sokongan Bluetooth 5.0 serta boleh digunakan bersama iPhone 6s dan terbaru, Apple Watch, MacBook Air, MacBook Pro, iPad Air, iPad Pro dan lain-lain.

Ciri tambahan lain termasuk peralihan padanan secara automatik, perkongsian audio dan keupayaan Siri.



AirPods Max ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Space Gray, Silver, Sky Blue, Green, dan Pink.

Di Malaysia, AirPods Max ditawarkan pada harga RM2399. Bagaimanapun, ia belum lagi boleh dibeli buat masa ini.

Sumber: Apple

Berkaitan