Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia 5 juta seat insurans rm200

AirAsia Perkenal Insurans Kelewatan Penerbangan, RM200 Jika Lewat Sekurang-Kurangnya 2 Jam

Diterbitkan Februari 10, 2023 · Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

AirAsia melancarkan kempen jualan 5 juta tempat duduk percuma pertama pada tahun ini ke destinasi domestik dan antarabangsa.

Tiket penerbangan boleh ditempah mulai hari ini sehingga 19 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan 1 Mac sehingga 10 Disember 2023.

airasia insurans 5 juta

Destinasi domestik terlibat ialah  Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi serendah RM23 manakala destinasi antarabangsa termasuk Bali, Krabi, Jakarta, Macao, Shenzhen, Guangzhou, Phu Quoc, Bandar Ho Chi Minh, Singapura dan lain-lain daripada RM60.

AirAsia X juga menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Tokyo dan banyak lagi dengan tambang rendah termasuk semua daripada RM329 sehala untuk tempat duduk Ekonomi.

Dalam pada itu, AirAsia juga melancarkan Insurans Kelewatan Penerbangan ditaja jamin oleh Tune Protect.

Ia menawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk kelewatan penerbangan sekurang-kurangnya 2 jam dari masa perlepasan yang dijadualkan atau mana-mana waktu pelepasan baharu.

Sizeairasia insurans dan 5 jutaMattersairasia insurans dan 5 juta-airasia insurans dan 5 juta

Insurans kini tersedia secara percuma kepada semua tetamu yang menempah penerbangan mereka dari 10 hingga 19 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023.

Ia juga tersedia untuk pembelian bermula 20 Februari 2023 dengan harga RM10 (perjalanan sehala) atau RM14 (perjalanan pergi balik) di airasia Super App dan laman web.

Berkaitan

  • Kementerian Komunikasi Dan Digital Siasat Dakwaan Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia
  • Capital A Tamatkan Khidmat AVA, Kini Diganti Dengan 'Ask Bo'
  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • U Postpaid: Penggunaan ‘Hotspot’ Disekalikan, Kuota Pelan RM38/Bulan Pula Naik Ke 60GB
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Laman Web JPJ Dan Aplikasi MyJPJ 'Down'

Terma dan syarat insurans tersebut boleh dirujuk dengan pihak AirAsia atau di laman webnya.

AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay secara eksklusif untuk menyediakan tuntutan automatik yang akan dikreditkan ke akaun BigPay pengguna dalam masa 3 hari bekerja.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan disediakan di bawah.

Sumber: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY