Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ask Bo_

Capital A Tamatkan Khidmat AVA, Kini Diganti Dengan ‘Ask Bo’

Diterbitkan Februari 8, 2023 · Dikemas kini Februari 8, 2023 oleh Amalina Athman

Capital A Berhad, syarikat induk kepada AirAsia hari ini mengumumkan penamatan khidmat bot sembang pertamanya iaitu AirAsia Virtual AllStar (AVA), yang mana telah menjadi pusat perkhidmatan pelanggan dan aduan AirAsia sejak tahun 2019.

Sebagai ganti kepada AVA, Capital A kini memperkenalkan ‘Ask Bo’ yang mempunyai keupayaan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning) yang lebih baik.

Berkaitan

  • Penerbangan Pertama AirAsia X KL-Jeddah Selamat Berlepas, Usaha Sama Dengan IKHLAS
  • Umrah Bersama Ikhlas, Pakej Harga Mesra Poket Tapi Servis 5 Bintang

Difahamkan, Ask Bo diinspirasikan daripada nama Bo Lingam, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia. CEO Capital A Tony Fernandes berkata, Bo merupakan orang yang paling sesuai untuk menjawab semua pertanyaan berkaitan syarikat, berbekalkan pengalaman selama 21 tahun.

Capital A Tamatkan Khidmat AVA, Kini Diganti Dengan ‘Ask Bo’

Melalui Ask Bo, pelbagai ciri baharu telah ditambah, di mana ia akan dapat memberikan kemas kini secara langsung mengenai status penerbangan (kelewatan, waktu pelepasan) atau perubahan, maklumat menaiki pesawat dan lain-lain.

Sementara itu, antara pilihan bahasa yang tersedia termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Cina, Bahasa Indonesia, Thai, Jepun, Korea dan Vietnam.

Ask Bo juga akan menghantar notifikasi bagi sebarang perubahan saat akhir pada hari operasi, dan memberikan maklumat bagasi (penjejakan, tempat pungutan bagasi, laporan bagasi yang tidak dikendalikan) dan melaporkan kemaskini automatik bagi waktu pelepasan dalam Pas Masuk elektronik.

Sumber: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY