Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kementerian Komunikasi Dan Digital Siasat Dakwaan Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia

Kementerian Komunikasi Dan Digital Siasat Dakwaan Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia

Diterbitkan Disember 11, 2022 oleh Amalina Athman

Pada bulan lalu, AirAsia telah mengesahkan insiden serangan siber terhadap sistem mereka oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin.

Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan pasukan penyiasatan kementerian itu yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk AirAsia pada 1 Disember 2022.

Berkaitan

  • Data Penumpang AirAsia Didakwa Dicuri Tapi Penggodam Tak Mahu Teruskan Kerana Sistem Terlalu Lemah
  • AirAsia Sahkan Insiden Serangan Siber Terhadap Sistem Mereka

Siasatan awal mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia telah berlaku pada 12 November 2022, yang mana ia berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware), berpotensi menyebabkan kebocoran data.

Sementara itu, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencerobohan dan impak keseluruhan insiden yang berlaku.

Fahmi menyatakan buat masa ini perincian berhubung kes tersebut tidak dapat didedahkan sementara siasatan masih dijalankan bagi mengelak implikasi perundangan serta mengganggu siasatan.

Gambar utama: Bloomberg

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Digital

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY