4 Dari 11 aplikasi itu pula adalah aplikasi berkaitan solat dan Al-Quran yang digunakan oleh berpuluh juta pengguna umat islam di seluruh dunia.
Hasil kajian penyelidik AppCencus mendapati, aplikasi seperti QR & Barcode Scanner, Al Moazin dan Qibla Compass bertindak mengumpul data pengguna Android seperti nombor telefon, alamat e-mel, data GPS dan SSID router dan IMEI (International Mobile Equipment Identity).
Berikut adalah senarai 11 aplikasi Android yang didapati mengumpul data penggunanya serta jenis data yang dikutip oleh aplikasi-aplikasi itu menurut AppCensus:-












Penyelidik menyifatkan, pengumpulan data ini sebagai sesuatu yang menakutkan.
Hasil semakan mendalam penyelidik mendakwa, dalang disebalik pengumpulan data lokasi ini didalangi oleh sebuah syarikat yang berdaftar di Panama iaitu Measurement Systems.
Syarikat ini dilaporkan telah membayar sejumlah angka kepada pembangun untuk mengimplan SDK ke dalam fail aplikasi bagi tujuan mengutip data.
Syarikat Measurement Systems itu pula didapati sebenarnya didaftarkan oleh syarikat lain yang dikenali sebagai Vostrom Holdings yang berpangkalan di Virginia.
Lebih rumit lagi syarikat ini pula ada kaitan dengan pihak industri pertahanan yang mempunyai kontrak dengan firma kerajaan persekutuan bernama Packet Forensics.
Dalam laporan AppCensus menyatakan Packet Forensics adalah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pengintipan siber dan rangkaian pertahanan dan menawarkan perkhidmatan kepada agensi-agensi kerajaan.
Berikutan penemuan ini, penyelidik AppCensus telah melaporkan kepada pihak Google untuk diambil tindakan sejak 20 Oktober 2021 lagi.
Walaubagaimanapun sehingga kini, semakan ke atas semua aplikasi itu mendapati aplikasi-aplikasi tersebut masih lagi ditawarkan di dalam Google Play Store.
Sumber: AppCensus, Gizmodo
Baca juga:
Berkaitan
- Lebih 1.6 Juta Permohonan Aplikasi Baru Di Tolak Apple Pada 2022
- Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10
- Klon 'Dynamic Island' Untuk Android Sudah Dimuat Turun Lebih 1 Juta Kali
- Masih Ditawar Dalam Play Store, Pengguna Android Digesa Buang Segera 4 Aplikasi Ini
- Bentuk Telefon Pintar Android Ini Seakan Peranti Radar Dragon Ball
- Peminat Filem-Filem Lama Kena Muat Turun Aplikasi Ini Ke Dalam Telefon Pintar Anda
- MCMC Dedah Modus Operandi Pelaku Mengambil Alih Akaun Aplikasi Pemesejan
- Aplikasi Ghosty Yang Membolehkan Pengguna Instagram Mengintip Akaun Pengguna Lain Dibuang Dari Play Store
- 3 Ciri Baru Menarik Yang Dijangka Akan Diterima Pengguna Aplikasi WhatsApp Tahun Hadapan
- Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini, Sharkbot Kembali Serang Play Store