Penyelidik Checkpoint itu menjelaskan, perisian hasad ini mengeksploitasi kelemahan ciri Android Accessibility Services di mana ia berupaya mencuri data sulit pengguna dengan menggunakan teknik phishing.
Ia akan memaparkan laman sesawang palsu yang menyerupai laman sesawang bank sebenar sebaik sahaja ia mengesan aplikasi perbankan dibuka mangsanya.
SharkBot juga mampu memintas dan menyembunyikan mesej SMS serta mengambil alih sepenuhnya kawalan ke atas peranti Android yang dijangkitinya secara kawalan jauh.
Setakat ini Sharkbot telah dikesan menjangkiti lebih daripada 15,000 peranti Android dengan berselindung disebalik 7 aplikasi ini yang ditawarkan dalam Google Play Store:
- Atom Cleaner Booster, Antivirus
- Antivirus, Super Cleaner
- Alpha Antivirus, Cleaner
- Powerful Cleaner, Antivirus
- Center Security - Antivirus
- Center Security - Antivirus
- Center Security - Antivirus

Sebelum ini NCC Group telah melaporkan bahawa sudah lebih daripada 1000 peranti Android dipercayai telah terkesan dengan perisian hasad ini.
Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi yang dinyatakan ke dalam peranti Android anda, bolehlah buangnya dengan segera.
Sumber: Checkpoint
Baca juga:
Berkaitan
- Huawei Berdepan Tuduhan Terbaru Dari A.S Dan Kali Ini Berkaitan Kecurian Harta Intelek Pula
- Aplikasi Paint Di Windows 11 Akhirnya Bakal Terima Ciri "Baru"
- Cepat Sambar 'Game' Dengan 'Rating' 4.3 Bintang Berharga RM34 Ini Secara Percuma
- Google Kini Boleh Membuang Nombor Telefon, Alamat Pengguna Dari Hasil Carian
- Harga Twitter 'Blue' Di Malaysia Berharga RM50 Sebulan Untuk Peranti Android Dan iOS
- Motosikal Terbang Pertama Di Dunia Kini Dijual, Deposit Serendah RM24 Ribu Sahaja
- Selangor Menawarkan Data Internet Percuma Selama Setahun
- USM Jadi Lokasi Ladang Stesen Bumi Dan Pusat Teknologi Angkasa Tercanggih Di Malaysia
- Matahari Hamburkan 17 Jisim Korona, Bumi Diramal Dihentam Siri Ribut Solar 3 Hari Berturut-Turut
- Maxis Gembira Dengan Pelancaran MEASAT-3d, Pelanggan Bakal Nikmati Pengalaman Rangkaian Yang Lebih Baik