Adobe mengumumkan, pengguna peranti iOS dan iPadOS kini boleh mengakses 17,000 font menerusi aplikasi Adobe Creative Cloud di peranti iPhone, iPad dan iPod touch . Font tersebut pula boleh digunakan pada sebarang aplikasi yang menyokong kustomasi font API.
Tetapi pengguna perlulah menggunakan sistem operasi iOS 13.1 atau terbaru bagi menerima font tersebut.
Bermula dengan iOS 13, Apple telah membolehkan penggunanya melakukan tetapan kustomasi font tanpa perlu lagi bergantung pada profail pihak ketiga.
Walaubagaimanapun, akses kesemua font tersebut hanya ditawarkan kepada pengguna yang melanggan dengan servis Adobe Creative Cloud sahaja. Bagi pengguna yang tidak melanggan pula (mempunyai akaun Adobe), mereka masih boleh mengakses sebanyak 1,300 font secara percuma dari Adobe.
Bagi yang belum memiliki akaun Adobe, anda boleh mendaftar akaun Adobe secara percuma.
https://www.youtube.com/watch?v=zBRMV4IbMEw
Berkaitan
- Ini Adalah Senarai Rasmi Peranti Apple Yang Menyokong iOS 13
- Apple Melepaskan Kemas Kini Tambahan Bagi Menambah Baik Ciri Keselamatan macOS, iOS 12 Dan watchOS 5
- Ciri Keselamatan Khas Android 13 Diceroboh 'SecuriDropper'
- Perisian Hasad Sudah Berjaya Tembusi Ciri Keselamatan Baru Android 13
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru Bagi Komputer Mac, Peranti iOS, Apple Watch Dan Apple TV
- Ini Senarai Telefon Pintar Android Yang Sudah Terima Naik Taraf Android 13 Setakat Ini
- iOS 15, iPadOS 15, watchOS 8 Dan tvOS 15 Akan Ditawarkan Pada 20 September Ini
- Sekarang Bukan Masanya Beli iPhone 13
- Syarikat China Bakal Kilangkan Bateri Kereta Elektrik Dengan Hayat Sehingga 130 Tahun
- Apple Turunkan Harga MacBook Air 13", Kini Hanya Dari RM4,799