Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru Bagi Komputer Mac, Peranti iOS, Apple Watch Dan Apple TV

Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru Bagi Komputer Mac, Peranti iOS, Apple Watch Dan Apple TV

Diterbitkan Mei 14, 2019 oleh ariff bukhari

Kemas kini segera kepada macOS Mojave 10.14.5, iOS 12.3, tvOS 12.3 dan 7.3 serta watchOS 5.2.1

macOS Mojave 10.14.5

Bagi pengguna macOS Mojave, anda boleh mula mengemas kini macOS tersebut kepada versi 10.14.5 yang boleh disemak menerusi System Preferences > Software Update.

Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru Bagi Komputer Mac, Peranti iOS, Apple Watch Dan Apple TV

Kemas kini terbaru ini, macOS ditambah dengan ciri sokongan AirPlay 2 bagi perkongsian video, foto, muzik dan pelbagai lagi dari Mac anda ke  televisyen pintar yang menyokong ciri AirPlay 2.

Selain itu, kemas kini ini juga menambah keupayaan untuk pengguna mengikuti servis terbaru Apple News+ dari katalog menerusi paparan.

Turut terkandung dalam kemas kini 10.14.5 ini adalah menambah baik audio bagi barisan Macbook Pro model 2018, membaiki isu yang menghalang sesetengah dokumen OmniOutliner dan OmniPlan yang sangat besar daripada dibuka dengan betul serta menghalang Mac daripada disambungkan bersama peranti Bluetooth yang didapati tidak selamat.

macOS High Sierra dan Sierra

Bagi pengguna macOS Sierra dan High Sierra pula, terdapat kemas kini keselamatan yang boleh dimuat turun terus dari Mac anda menerusi aplikasi Mac App Store > Updates.

Dalam kemas kini ini juga terkandung kemas kini bagi aplikasi pelayar Safari v12.1.1.

iOS, tvOS dan watchOS

Bagi pengguna peranti iOS (iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru dan iPod touch gererasi ke-6), kemas kini iOS 12.3 boleh dimuat turun terus dari peranti anda menerusi Settings > General > Software Update.

iOS UPDATE
Turut terkandung dalam kemaskini terbaru ini adalah rekaan emoji baru serta penambahbaikan terhadap ciri keselamatan peranti iOS.

Selain itu, Apple turut melepaskan kemas kini watchOS 5.2.1 bagi peranti Apple Watch serta kemas kini tvOS 12.3 bagi  peranti Apple TV 4K dan Apple TV HD serta tvOS 7.3 bagi peranti Apple TV generasi ke-3.

Jadi sekiranya anda memliki produk-produk Apple di atas, segeralah kemas kini gajet-gajet Apple tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY