Hampir setahun yang lepas, Apple telah pun melancarkan model terbaru iPhone mereka iaitu iPhone 13.
Untuk siri iPhone 13, sebanyak 4 model ditawarkan iaitu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.
Jadi kini, sudah hampir masanya untuk Apple mengumumkan model terbaru iPhone mereka tahun ini iaitu iPhone 14.
Berdasarkan khabar-khabar angin yang bertiup kencang tentang spesifikasi terbaru yang akan ada pada iPhone 14 antaranya adalah kehadiran warna baru iaitu warna ungu.
Ciri kamera juga dijangka akan dinaik taraf dengan ciri yang lebih baik.
Selain itu, Apple dijangka tidak akan menawarkan model iPhone mini. Sebaliknya ia akan digantikan dengan model iPhone 14 Max.
Malah rekaan bagi iPhone 14 juga dijangka akan kekal sama dengan iPhone 13 dengan mengekalkan takuk di atasnya.
Manakala cip pemprosesannya turut akan mengekalkan cip A15 yang digunakan pada siri iPhone 13 ketika ini.
Cuma mungkin cip A15 yang akan digunakan itu nanti adalah jenis cip A15 yang lebih berkuasa yang sedang digunakan pada model iPhone 13 Pro dan Pro Max ketika ini.
{suggest}
Tetapi berbeza untuk model iPhone 14 Pro dan Pro Max, ia diramal akan dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru A16 serta tiada lagi takuk pada siri skrin iPhone tersebut.
Skrin iPhone 14 Pro dan Pro Max juga dijangka akan dinaik taraf dengan kadar segar dari 1Hz hingga 120Hz.
Sekaligus akan menyokong teknologi Always-On Display (AOD).
Selain itu, bonggol di bahagian kamera utama iPhone 14 Pro Max juga dijangka akan lebih besar dan menonjol berbanding sebelum ini.
Sensor kamera iPhone 14 Pro dan Pro Max juga dijangka akan lebih besar dan menyokong resolusi imej yang lebih tinggi.
Untuk kapasiti storan pula, Apple dijangka akan memuatkan storan sehingga 2TB pada 2 model iPhone itu nanti.
Naik taraf yang bakal tiba pada model iPhone 14 Pro dan Pro Max ini juga dijangka akan diikuti dengan harga jualan yang lebih tinggi.
Kesemua model iPhone 14 akan tersedia dengan sistem operasi terkini iaitu iOS 16 yang masih dalam peringkat beta.
Apple dijangkakan akan melancarkan model terbaru iPhone 14 dalam bulan September nanti.
Jadi dengan kurang sebulan sahaja lagi ia akan dilancarkan, sekarang bukanlah masa terbaik untuk anda membeli iPhone 13 yang ada di pasaran ketika ini.