Penyelidik keselamatan dari Threat Fabric mendedahkan bahawa penggodam dari grup Hadoken telah membangunkan satu perisian hasad baharu bagi mengeksploitasi ciri accessibility services pada sistem Android 13 bagi melihat data peribadi pengguna peranti Android.
Perisian hasad itu dinamakan sebagai “BugDrop”
https://twitter.com/MishaalRahman/status/1559911743710715904?s=20&t=9usD3yUxy4WJsAtMPFfFOQ
{suggest}
Threat Fabric menjelaskan, keadaan ini sangat membimbangkan dengan keupayaan penggodam mengguna semula perisian hasad yang sedia ada dan memprogramnya semula bagi tujuan eksploitasi itu.
"Apabila dilaksanakan sepenuhnya, pengubahsuaian kecil ini akan mengelakkan sepenuhnya langkah keselamatan baharu Google, walaupun perisian hasad itu belum dilaksanakan dengan berkesan." Threat Fabric.
Ciri Payload Accessibility Services merupakan ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan dalam Android 13 bagi menyekat aplikasi daripada dipasang secara tidak sah (sideloaded).
Walaubagaimanapun, ciri itu kini sudah berjaya dilepasi grup penggodam itu.

Buat masa ini, Android 13 hanya ditawarkan untuk telefon pintar Pixel dari Google sahaja.
Telefon-telefon pintar dari jenama lain seperti Samsung, Xiaomi, ASUS dan lain-lain hanya akan terima naik taraf sistem Android 13 perlu menunggu sedikit masa lagi.
Sumber: ThreatFabric
Berkaitan
- Google Kini Menawarkan Versi Android Go Terbaru, Android 10 (Go edition)
- Penemuan 2 Perisian Hasad Terbaru Menyerang Pengguna Windows
- Versi Baru Pelayar Firefox Bakal Hadir Pada Telefon Pintar Android
- Aplikasi Pelayar Microsoft Edge Kini 13% Lebih Pantas
- Apple Baik Pulih Isu FaceTime Dengan Kemas Kini Terbaru iOS dan iPadOS 13.4.1
- Kemas Kini Perisian Punca Enjin Carian Google Tergendala Semalam
- Apa Cerita Ura-Ura Ciri Panggilan Satelit Yang Kononnya Akan Diperkenalkan Pada iPhone 13?
- Lebih 10 Juta Peranti Android Telah Dijangkiti Perisian Hasad Terbaru GriftHorse
- Dengan 150 Ribu Baris Kod, Pelajar Ini Berjaya Menghasilkan Perisian Mengesan Teknologi 'Deep Fake'
- Apple Melepaskan Kemas Kini iOS 13.2 Dan iPadOS 13.2