Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Android

Ciri Keselamatan Khas Android 13 Diceroboh ‘SecuriDropper’

Diterbitkan November 8, 2023 · Dikemas kini November 9, 2023 oleh ariff bukhari

Pakar keselamatan dari ThreatFabric mendedahkan penemuan operasi jenayah siber yang dikenali sebagai ‘SecuriDropper’.

Ia merupakan DaaS (dropper-as-a-service) iaitu satu metod baharu yang memintas ciri ‘Tetapan Terhad’ (‘Restricted Settings‘) dalam peranti Android bagi memasang perisian hasad pada peranti dan mendapatkan akses kepada Perkhidmatan Kebolehcapaian (Accessibility Services).

SecuriDropper melepasi ciri keselamatan Android ini dengan mendapatkan akses kepada kebenaran “Read & Write External Storage” and “Install & Delete Packages” semasa proses pemasangan.

“Apa yang membuatkan SecuriDropper menonjol ialah pelaksanaan teknikal prosedur pemasangannya. Tidak seperti pendahulunya, keluarga ini menggunakan API Android yang berbeza untuk memasang muatan baharu, meniru proses yang digunakan oleh stor rasmi untuk memasang aplikasi baharu.

Dengan cara ini, Sistem Operasi tidak dapat membezakan antara aplikasi yang dipasang oleh dropper dengan stor rasmi yang membolehkan muatan memintas ciri “Tetapan Terhad” dalam Android 13.” ThreatFabric.

Ciri Keselamatan Khas Android 13 Diceroboh ‘SecuriDropper’

Restricted Settings ialah ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam Android 13 bagi menghalang fail APK dari luar Google Play Store dipasang ke dalam peranti mengakses ciri utama seperti tetapan Accessibility dan Notification Listener.

2 Tetapan ini biasanya disalahgunakan oleh perisian hasad, jadi ciri Restricted Settings bertujuan untuk melindungi pengguna dengan menyekat kelulusan permintaan dengan memaparkan amaran apabila keizinan ini diminta.

Sebagai contoh, tetapan Accessibility boleh disalahgunakan untuk menangkap teks pada skrin, memberikan kebenaran tambahan dan melakukan tindakan navigasi dari jauh, manakala Notification Listener boleh digunakan untuk mencuri kata laluan one-time passwords.
Restricted Settings

SecuriDropper menjangkiti peranti Android dengan menyamar sebagai aplikasi  sah dengan paling kerap ia menyamar sebagai aplikasi Google, kemas kini Android, pemain video, aplikasi keselamatan atau permainan dan kemudiannya memasang muatan kedua yang merupakan perisian hasad.

Ia juga menyamar sebagai aplikasi sah yang merangkumi pelbagai kategori, dari aplikasi sosial hingga alat produktiviti.

Ciri Keselamatan Khas Android 13 Diceroboh ‘SecuriDropper’

Ekoran itu, bagi mengelakkan daripada serangan seperti ini, pengguna Android dinasihatkan untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi dari sumber yang tidak sah dan tidak diyakini.

 

Respon terhadap laporan itu, jurucakap Google telah memberikan kenyataan berikut:-

“Tetapan terhad menambah lapisan perlindungan tambahan di atas pengesahan pengguna yang diperlukan untuk aplikasi mengakses tetapan/kebenaran Android.

Sebagai perlindungan teras, pengguna Android sentiasa mengawal kebenaran yang mereka berikan kepada aplikasi.

Pengguna juga dilindungi oleh Google Play Protect yang boleh memberi amaran kepada pengguna atau menyekat aplikasi yang diketahui mempamerkan tingkah laku berniat jahat pada peranti Android dengan Google Play Services.

Kami sentiasa menyemak kaedah serangan dan meningkatkan pertahanan Android terhadap perisian hasad untuk membantu memastikan pengguna selamat.”

Anda boleh menyemak sendiri akses kepada keizinan untuk mana-mana aplikasi yang dipasang menerusi Settings  > Apps > [pilih aplikasi] > Permissions.

WhatsApp Image 2023-11-08 at 17.09.49 (1)
WhatsApp Image 2023-11-08 at 17.09.26
WhatsApp Image 2023-11-08 at 17.10.21

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul
  • Diskaun Kaw-Kaw, PS5 Berharga RM111 Je Di Platform Ni

Sumber: ThreatFabric, Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY